Datin Seri Rosmah tak terlepas jika lakukan jenayah - Tun Mahathir


Melalui satu laporan Malaysia Gazette, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor atau mana-mana pemimpin Barisan Nasional tidak terlepas daripada disiasat oleh pihak berkuasa sekiranya mereka terlibat dengan kes jenayah.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, siasatan itu akan dijalankan bukan sahaja oleh pihak polis bahkan mana-mana agensi kerajaan berkaitan.

Apabila ada wartawan bertanya adakah Datin Seri Rosmah akan disiasat, ini kenyataan Tun Mahathir:

"Pihak polis mempunyai cukup alasan untuk mengadakan serbuan, saya pun tak dapat maklumat, ini polis punya kerja

"Kita bagi tugas untuk menyiasat semua kes jenayah tak kira siapa (termasuk Rosmah). Kalau ada kes, kita akan ambil tindakan.

"Penyiasatan ini melibatkan beberapa institusi kerajaan ataupun kementerian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Peguam Negara.

"Siasatan itu juga melibatkan badan-badan lain yang mempunyai maklumat (jenayah)" 



Tun Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis yang menyerbu kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment, bermula malam semalam.

Ditanya tentang serbuan ke atas kediaman DS Najib, Tun Mahathir berkata, ia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Saya tak tahu mereka melakukan serbuan pada waktu malam, tapi arahan saya sangat jelas

"Kita tidak datang untuk dera orang atau seumpamanya, saya mahu orang dilayan dengan sopan"

Dalam pada itu, Nurul Izzah melahirkan rasa tidak setuju serbuan dilakukan dalam waktu awal pagi yang mengganggu DS Najib Razak dan keluarga.

Kata anak kepada Anwar Ibrahim itu, dia juga merupakan bekas mangsa serbuan rumah di awal pagi, satu masa dulu.


0 comments:

Post a Comment