Suspek Lap Darah,Check Nadi Nur Alya Damia Sebelum Campak Keluar Kereta


Ini perkembangan terkini tentang kes bunuh melibatkan seorang remaja berumur 19 tahun dengan bekas kekasihnya.

memang mengejutkan, antaar punca ialah mangsa dikatakan mahu memberitahu tentang sikap suspek yang merupakan bekas kekasihnya yang menghisap vape.

Dikatakan perkara itu membuat suspek naik berang lalu bergelut sehingga membunuh mangsa.

Sementara itu, suspek kes bunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson di sini kelmarin dikataakn turut mengelap darah di hidung mangsa dengan tuala kecil sebelum menolaknya keluar dari kereta di tepi jalan di Taman PD Permata.

Dari sumber laporan Utusan, suspek yang merupakan bekas teman lelaki Nur Alya Damia juga memeriksa nadi mangsa dan beranggapan dia hanya pengsan selepas pergelutan antara mereka.

video wajah suspek:



"Suspek yang juga pelajar tahun akhir di kolej sama bertengkar dengan mangsa di dalam kereta jenis Proton Wira mengenai hubungan mereka yang terputus sebelum ini.

"Susulan pertengkaran itu, berlaku pergelutan di dalam kereta kerana suspek berang dengan tindakan mangsa mahu menyebarkan gambar dan mesej antara mereka selama ini kepada kekasih suspek.

"Semasa bergelut, mangsa telah dicekik di bahagian leher sehingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan tersebut," 

Kejadian penuh tragis du bulan Ramadhan ini dikatakan berlaku  kira-kira pukul 10.30 malam.

Dari sumber terdekat, Nur Alya Damia keluar bertemu dengan bekas kekasihnya untuk berbincang sesuatu kira-kira pukul 9.30 malam..

Mangsa merupakan pelajar tahun akhir jurusan Diploma Rangkaian Komputer ditemukan tidak lagi bernyawa oleh seorang pekerja kilang di tepi jalan di Taman PD Permata.

Polis telah menahan suspek di sebuah rumah di Taman Selasih kira-kira 15 minit selepas penemuan mayat itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


0 comments:

Post a Comment