Rafizi, terimalah keputusan secara positif - Nurul Izzah


Baru-baru ini agak kecoh apabila dilihat Rafizi Ramli mengatakan pengumuman oleh Tun Mahathir tentang pelantikkan tiga orang menteri baru adalah belum muktamad.

Rafizi, juga naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Amanah sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir adalah tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.

Ini video ucapan Rafizi yang menjadi viral:

Mengulas hal itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiga aggota berkenaan ialah Mohd Sabu, Lim Guan Eng dan juga Muhyiddin Yassin.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mahu melihat rakyat optimis terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baharu.

Ini saranan Nurul Izzah kepada Rafizi:

"Apa yang diperlukan ketika ini adalah fokus kepada rakyat menerusi kerjasama baik dalam pentadbiran.

"Sebagai kawan baik, saya begitu menghargai sumbangan yang diberikannya (Rafizi) kepada parti dan negara.

"Jadi saya minta, demi perjuangan sahabat sejati, marilah kita lakukannya secara positif dan mengatasi apa sahaja yang berlaku untuk melalui fasa baharu pembentukan kerajaan di bawah PH"

Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar Ibrahim berkata demikian kepada pihak media di majlis kenduri kesyukuran sempena kemenangan rakyat Permatang Pauh.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi, juga naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Amanah sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir adalah tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.

Nurul Izzah berkata kenyataan lanjut berhubung perkara berkenaan akan diberikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut menyifatkan komen oleh Tan Sri Dr Rais Yatim adalah satu kenyataan yang amat berguna.

Ini respon Nurul Izzah tentang kmen Rais Yatim:

"Saya fikir Dr Rais Yatim mengeluarkan komentar yang sangat berguna dan kita ambil kesemua komentar yang dibawa dalam hasrat untuk memastikan pentadbiran ini bertumpukan kepada rakyat"

Rais dalam catatan komentar sebelum ini menggesa Pakatan Harapan tidak mengambil remeh teguran Rafizi sebaliknya menggesa segera mengotakan janji kepada rakyat.

Rais Yatim telah menyatakan bahawa Rafizi Ramli telah banyak berkorban untuk Pakatan Harapan.

Sumber : Bernama / Astro Awani


0 comments:

Post a Comment