Selain Faiz Roslan, Hafiz Hamidun Saran Parodi Mak Jemah, FaizDickie Dan Ucoppp Dihentikan!
Ketika ini, nama Faiz Roslan memang sedang hangat dibualkan oleh semua masyarakat.
Bukan boleh dibanggakan, kerana Faiz dikritik teruk ekoran beberapa video yang dimuatnaik olehnya di laman media sosial.
Antara paling teruk ialah video mengaku tidak berpuasa secara terang-terangan.
Kerana perbuatannya itu, bukan sahaja mencetuskan kemarahan dikalangan netizen malah dikalangan artis turut berasa terkilan menonton video itu.
Azza Elite sebelum ini dengan lantang menyatakan rasa marah denga video tersebut dan telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram, kali ini Hafiz Hamidun juga telah meluahkan pandangannya di laman Twitter.
Kata Hafiz Hamidun, perbuatan Faiz itu bukan sahaja tidak disukai Allah malah dikalangan manusia pun ramai yang tak menyukainya.
KOMEN TENTANG FAIZ ROSLAN
"Tak puasa sebab mengaku tak solat."
"Nanti bila orang tuduh hang macam-macam, melenting pulak. Up video pulak, mintak ramai-ramai pulak backup.
"Moral of the story: keep your sin to yourself. Jangan BANGGA dengan dosa. Bukan saja Allah tak suka, semua manusia benci."
Selain itu Hafiz juga menyarankan tak perlu lagi buat parodi dari lelaki jadi perempuan scara terang-terangan.
Ini termasuk parodi Johan jadi Mak Jemah dan kiga instafamous lain seperti FaizDickie dan juga Ucoppp.
Ini komen Hafiz Hamidun:
TAK PERLU MAK JEMAH, FAIZDICKIE, UCOPP
"This has to be stopped. Cukup-cukup lah bagi tauladan yang salah pada masyarakat.
"Cukuplah tak payah dah Mak Jemah dalam Radio Era, Faizdickie punya “Sarabanon”, Ucop punya parody, (just to name a few)"
"Walaupun sekadar hiburan, tapi ni lah natijahnya..."
Itulah pandangan dari Hafiz Hamidun tentang isu yang semakin panas ini.
0 comments:
Post a Comment