"Saya mengambil keputusan untuk.." - Kenyataan Terakhir Faiz Roslan


Instafamous yang sedang menjadi buah mulut orang ramai,  Faiz Roslan kini terpaksa menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.


Ini ekoran beliau dikecam hebat susulan kontroversi video tidak puasa yang viral sejak Isnin yang lalu.

Ramai yang mengecam tindakan Faiz Roslan itu termasuk selebriti seperti Azza Elite dan juga Hafiz Hamidun.

Faiz dilihat telah memuat naik beberapa status di Twitternya pada Rabu malam memutuskan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.

Ini antara kenyataan dari Faiz Roalan:

"Saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada media sosial sehingga raya.

"Ya, ada orang kata saya boleh larikan diri dekat media tapi bukan dekat netizen dan Allah. Saya tahu tu," 

"Saya akan berhenti membuat video untuk waktu yang lama. Now I got the lesson (Saya kini mendapat pengajarannya)," 

"Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG (Instagram), macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat. 

"Sekarang saya reda dan saya akan mendiamkan diri untuk sementara waktu," 

Kenyataan dari Faiz Roslan ini mendapat reaksi dari orang ramai yang rata-rata mahu dirinya berubah menjadi lebih baik.

Salah sorang pengguna Twitter, @Aleyrzli memberi respon dengan berkata: "Harap lepas kau menghilang tu... muncullah dengan perangai yang boleh membanggakan peminat kau (berkelakuan baik). Jangan menghilang tiba-tiba muncul dengan perangai teruk... jangan... itu saja. Yang baik dari Allah, yang buruk dari kita semua."

Ini pula komen dari pengguna yang lain: "Ambil masa untuk pulihkan diri anda. Dekatkan diri dengan perkara yang baik. Sentiasa bertanya pada diri sendiri apa yang telah anda lakukan dan mengapa orang marah anda. Saya percaya orang bukan sebenarnya marah anda tetapi mereka hanya mengambil berat tentang anda. Jadi, ambil perkara ini sebagai pengajaran. Lepas ni gunakan kuasa tular awak untuk kebaikan," kata @mysaranewrie.

Pada petang Isnin, Faiz menerusi video live Instagram secara terbuka mengaku dia tidak berpuasa dan menunjukkan rakannya sedang makan ketika di bulan puasa.

Kisah nya bermula apabila pada 1 Ramadan lalu, Faiz mula menjadi tumpuan dan mengundang kontroversi apabila memuat naik video parodi bersama dua rakannya dengan tarian mengghairahkan dan berpakaian seperti perempuan.

Antara yang lantang bersuara ialah Sharnaaz Ahmad dan juga Dai Wan.


0 comments:

Post a Comment