Kena Bangun Sahur, Itu Cabaran.. - Izara Aishah


Bulan puasa pada tahun ini sememangnya telah memberi seribu satu makna buat pasangan pelakon Izara Aishah dan anak Datuk Khalid iaitu Adib Khalid.

Pasangan in buat pertama kalinya menyambut bulan Ramadhan bersama sebagai suami isteri.

Izara Aishah dalam perkongsiannya mengaku bahawa sebelum ini dia seorang yang amat liat untuk bangun sahur.

Namun dek kerana sudahpun bergelar isteri orang pada tahun ini, Izar terpaksalah bangun untuk bersahur bersama sang suami tercinta.

Ini komennnya:



"Alhamdulillah ia pengalaman yang manis buat Izara berpuasa bersama suami sejak mendirikan rumah tangga.

"Izara sebelum ni tak bangun bersahur, tiba-tiba sekarang kena bangun bersahur dan itu salah satu cabaran bergelar isteri"

Pelakon yang amat popular itu ditemui pada majlis berbuka puasa Shopee yang diadakan di Hotel Hyatt, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Izara lagi, dia kini telah mula menjadi lebih matang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Rasa dah matured sebab dah masak dan sediakan semuanya sebelum kejutkan suami.

"Kehidupan memang berbeza, baru saya faham orang kata kehidupan itu berbeza apabila sudah berkahwin,"

Izara Aishah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada bulan November 2017 setelah hampir tiga tahun bercinta.

Pelakon ini amat popular menerusi drama Vanila Coklat berganding dengan Aiman Hakim Redza.

Selain drama, Izara juga popular menerusi filem Pilot Cafe, J Revolusi dan juga Sejoli.

Semoga Izara dan suami terus berbahagia hendaknya.


0 comments:

Post a Comment