Ini satu berita terbaru tentang hubungan Ude Wahid dengan bekas isterinya iaitu Intan Liana.
Nampaknya pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid berang dengan tindakan bekas isterinya itu
Pemuzik berkenaan dilihat telah menegur bekas isterinya itu yang memuat naik status yang tidak disukai oleh Ude Wahid.
Ude Wahid berkata, posting berbaur simpati itu hanya akan menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap dirinya.
Memang marah betul Ude Wahid kerana dikatakan dah tegur beberapa kali namun Intan Liana masih buat juga.
Ini fotonya:
Ini luahan rasa berang Ude Wahid:
"Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta 'makcik bawang' buat dosa banyak-banyak.
"Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!"
"Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.
"Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak"
"Cukup-cukuplah bulan baik ni tak payah nak maki-maki mencabar kesabaran orang. Banyak kerja lebih baik korang boleh buat"
Dikatakan teguran secara terbuka di laman media sosial terpaksa dibuat kerana telah beri nasihat kepada bekas isterinya itu banyak kali.
Namun dikatakan bekas isterinya itu masih melakukan perkara sama.
Katanya, teguran secara terbuka itu mungkin membuat Intan lebih faham dan untuk kebaikan semua pihak.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.
Izreen Azminda dan Ude pula bernikah pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment