Pernah Cilikan Anak, Sering Maki Hamun, Ziana Zain Akhirnya Dedah Sikap Armin
Ini satu berita yang amat memeranjatkan dari penyanyi popular Ziana Zain.
Menerusi laporan portal Hangat dan Media Hiburan, Ziana Zain dikatakan telah membuka cerita tentang sikap suaminya iaitu Armin.
Dalam sebuah sidang media khas yang diadakan tadi, Ziana Zain telah bercerita dengan penuh hiba memberitahu dia sudah hilang sabar apabila suaminya itu merotan, memukul dan mencederakan anak-anaknya.
Ziana telah menolak dakwaan kononnya perbuatan suaminya itu adalah sekadar mahu ajar anak-anaknya.
Penyanyi ini turut menjelaskan bahawa anak-anaknya teruk dipukul Armin sehingga menyebabkan muka anaknya itu lebam dan pernah suatu ketika tangan anaknya itu seperti pecah akibat dirotan.
Lebih memilukan, anak kembarnya, Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicilikan di bahagian sulit. Sungguh memilukan.
Ini antara kata Ziana:
"Hak seorang isteri salah satunya adalah hormat padanya. Bukannya dimaki, dimalukan depan orang, cuma hormat pada isteri"
"Saya pernah tanya pada anak-anak tak nak makan diluar ke? Pastu dia menjawab, ‘Tak nak mak, nanti ayah maki kita. Malu kita nanti dekat restoran"
Faktor anak-anaknya cedera adalah sebab utama mengapa dia buat permohonan perceraian. Ziana ternyata sudah tidak dapat tahan dengan sikap Armin yang panas baran.
Tambah penyanyi Madah Berhelah itu, suaminya juga pernah mengambil bahan terlarang dan dia sebagai isteri yang duduk bersama selama 20 tahun begitu mengenali siapakah Armin yang sebenarnya.
Sumber: Hangat
0 comments:
Post a Comment