Rumah Digeledah, Ini Pesanan Dari Tun Rahah (Ibu) Buat Datuk Seri Najib


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang menjadi tumpuan dan sedang menerima dugaan apabila rumahnya sedang digeledah pihak polis.

Kejadian ini kebetulan berlaku di bulan puasa. Walaupun dengan kediamannya sedang diperiksa, Datuk Seri Najib Razak sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan ibunya Tun Rahah Mohammad Noah di kediamannya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Tun Rahah adalah merupakan balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Sumber yang dekat dengan DS Najib berkongsi gambar bekas perdana Menteri itu dengan Tun Rahah.

Melalui laporan MalaysiaKini, sumber itu mengatakan Tun Rahah sedih apabila mendapat tahu serbuan dilakukan di kediaman anaknya itu lewat malam semalam.

"Beliau bimbang dengan keluarganya, terutamanya cucu-cucu, dan cicit yang baru dilahirkan.

"Beliau sedih dengan masalah yang melanda dan cara Najib dilayani," kata sumber itu, sambil menambah Najib memberi jaminan kepada ibunya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara ini.

Tun Rahah juga telah meminta DS Najib tabah dengan ujian Allah, kata sumber itu lagi.



Pelbagai pihak, termasuk segelintir pemimpin Pakatan Harapan ada mempersoalkan tindakan polis melakukan serbuan dan menggeledah kediaman Najib pada waktu yang dianggap tidak sesuai.

Sekumpulan pegawai dan berbelas kenderaan polis tiba di rumah bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam sejak dua hari yang lalu.

Pada kira-kira jam 4 pagi, peguam Najib, Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita bahawa tiga hingga empat kotak beg tangan dan barangan peribadi lain telah dirampas.

Harpal berkata tiada dokumen diambil dan beliau percaya anak guamnya sedang disiasat kerana pengubahan wang haram.

Laporan media mendakwa lima lokasi telah digeledah termasuk Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Polis juga dilapor cuba membuka peti besi keselamatan di rumah bekas presiden Umno itu.

Harpal sebelum ini berkata peti besi itu telah berkunci selama dua dekad dan kuncinya tidak ditemui.

Peguam itu menyatakan kerja-kerja penggerudian yang bermula jam 8.30 pagi menggangu ketenangan di kediaman berkenaan.

DS Najib sebelum ini berulangkali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Sementara itu, Pihak Polis mengumumkan telah merampas sebanyak 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah seperti Hermes Birkin dari sebuah kediaman di di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.


0 comments:

Post a Comment