Dapat Suami Muda, Handsome, Awin Didakwa Bomohkan Izzue Islam


Fuh ini satu tuduhan yang amat berat dan agak keterlaluan.

Mudah sungguh satu individu ini yang melemparkan tuduhan yang bukan-bukan dan fitnah kepada isteri Izzue Islam.

Isteri yang juga pengurus  Izzue Islam iaitu Awin Nurin mengaku terkilan dengan fitnah tidak berasas oleh seorang individu ini.

Merujuk status Awin di insta story laman instagram miliknya, ada seorang netizen memfitnah dirinya telah mengamalkan sesuatu yang syirik sehingga dapat berkahwin dengan suami yang muda dan handsome.

Malah Awin turut dikutuk dengan perkataan yang amat teruk sekali dan juga di label sebagai mandul.

Ini kecaman yang ditulis oleh individu itu:


Ini kenyataan Awin:

TERKILAN DENGAN TUDUHAN

"Susah kita nak tutup mulut atau halang keyboard worrior untuk tulis yang bukan-bukan pasal kita.

"Saya tak ada laa nak marah atau geram dengan perkara-perkara yang hanya membazir masa untuk otak saya nak berfikir.

"Cuma saya akui terkilan sedikit dengan sikap mereka yang suka sangat tuduh yg bukan-bukan atau lempar fitnah tanpa memikirkan perasaan orang lain sedangkan saya tidak tahu pun siapa mereka.

PENGECUT

"Kalau nak mengata, cakaplah depan-depan. Itu lebih bagus. Saya lebih terbuka dan hormat dengan orang yang sudi bercakap depan-depan.

"Tapi itulah, nama pun netizen, mereka pengecut dan berani menulis apa sahaja kerana mereka tidak dikenali.

"Apabila mereka menyentuh soal anak, tidakkah mereka tahu itu adalah soal rezeki yang Allah tentukan. Lambat atau cepat (rezeki anak), sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang dan berdoa. Selebihnya adalah urusan Allah yang sebaik-baik pengatur"

RASA SEDIH

"Bila mereka cakap soal ni, tipulah kalau saya cakap tidak sedih.  Kadang-kadang saya gelak seorang diri. Mereka lupa yang soal jodoh itu adalah kuasa Allah.

"Sekuat mana pun kita usaha, kalau dah bukan jodoh, pastinya tidak akan bersatu. Sejauh mana pun kita, kalau dah jodoh pasti didekatkan. Itu semua perancangan Allah dan rahsiaNya.

"Seperkara lagi yang mereka wajib tahu, percaya kepada bomoh adalah syirik kepada Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan Allah. Jangan pandang remeh akan hal ini.”

MAAFKAN ORANG ITU

"Memandangkan saya pun tak kenal siapa yang tuduh bukan-bukan tu, saya maafkan mereka. Kalau boleh janganlah memfitnah lagi ya!

"Lebih baik gunakan media sosial dengan betul. Manfaatkanlah perkara-perkara yang positif dan menyebarkan sesuatu yang baik agar kita boleh menambah pahala atau saham akhirat"

Ya tuhanku. Kesian sungguh dengan Awin ni. Nasib baik dia tabah dan ada sokongan padu dari suaminya Izzue Islam.

Awin sememangnya sedih dengan tuduhan dan fitnah seperti ini tapi bagus orangnya kerana telah memaafkannya. Semoga terus bersabar buat Izzue dan juga isterinya.


0 comments:

Post a Comment