TV1, TV3 Kena Perli Baik Punya Dengan Azmin Ali... Setepek Kena
Dato Seri Azmin Ali kini telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kali kedua.
Azmin Ali berjaya memenangi Perlimen Gombak dan juga DUN Bukit Antarabangsa pada pilihan raya yang ke14 yang lalu dengan majoriti yang banyak.
Ini sekaligus membuktikan kewibawaan Azmin Ali sebagai seorang pemimpin yang hebat walaupun teruk dihentam sebelum ini di media arus perdana di kaca televisyen.
Jika diimbas, negeri Selangor sebelum ini teruk menjadi topik hangat di Buletin Utama dan berita-berita di televisyen.
Setelah pihak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya, semua telah berubah. Jika anda menonton, tiada lagi berita yang menghentam pihak Pakatan Harapan.
Melalui satu video, Dato Seri Azmin Ali dilihat telah memerli TV1 dan juga TV3 yang sebelum ini kerap menyiarkan masalah di Selangor sahaja.
Ini video nya:
Ini antara komen dari Dato Seri Azmin Ali:
"Mulai malam ni, tuan-tuan boleh tonton TV3. Sejak 10 Mei yang lalu , saya rasa macam pelik sikit. Bila buka berita 8 malam, TV1 mengatakan kerajaan Selangor adalah kerajaan yang berwibawa.
"Buka pula TV3, DS Azmin Ali telah mengangkat sumpah, yang merupakan Menteri Besar yang berjiwa rakyat"
"Eh betulkah TV3 ini. Sekali betul"
"Jadi tuan-tuan, lepas ni jangan marah lagi boleh tak (dengan TV1,TV3). Kita menghirmati dengan kebebasan media. menghormati kebebasan rakyat.
"Mulai esok boleh beli Utusan Malaysia kalau nak beli"
Itulah antara ucapan perli dari Menteri Besar Selangor kepada TV1 dan juga TV3.
Apapun, tahniah buat Azmin Ali dan juga pihak Pakatan Harapan yang terus menjadi pilihan untuk mentadbir negeri Selangor.
Semoga terus sukses dan maju jaya diucapkan.
0 comments:
Post a Comment