Nora Danish Harap Fasha Sandha Tunai Janji
Nora Danish dan Fasha Sandha akhirnya menamatkan persengketaan antara mereka berdua.
Pelakon Nora telah meluahkan rasa bersyukur apabila kes saman fitnah ke atas Fasha Sandha pada tahun lalu akhirnya kini berakhir.
Nora berharap Fasha Sandha akan memenuhi segala 'aku janji' yang dimeterai atas budi bicara dirinya bersama peguam selepas menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Ini kenyataan terbaru Nora Danish:
"Alhamdulillah selepas lebih setahun kes ini berjalan semuanya telah berakhir atas budi bicara saya dan pihak guaman saya mengenai kes saman fitnah yang difailkan oleh saya terhadap beliau tahun lalu.
"Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan Di mahkamah akan menjadi noktah buat semua.
"Bermaaf- maafan adalah amalan yang baik dan dimuliakan.
"Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan peguam saya yang diketuai oleh Dato David Gurupatham, juga Datin Satwant Kaur dan Audrey Joyce Nelson kerana berjaya memperoleh keputusan ini.
"Sekian, selamat hari raya.
Nora Danish turut sertakan lampiran persetujuan dua belah pihak pada hari mediasi lalu bertarikh seperti di atas yang telah disahkan oleh pihak Mahkamah Tinggi Malaya , Shah Alam.
Ini lampirannya:
Salah faham antara kedua pelakon popular ini menjadi kemuncak apabila Fasha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya ia atas arahan Nora.
Semalam, Fasha Sandha ada mengakui dia bersama Nora ada mengunjungi pejabat Mediasi di Mahkamah Shah Alam, pada 22 Mei lalu dalam usaha untuk berdamai.
Kata Fasha, pendamaian dibuat adalah demi anak-anak mereka yang bersaudara
Malah, Fasha turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Nora atas salah faham dan isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen itu.
Kedua-dua mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Syukur segalanya kini dah selesai dengan cara baik.
0 comments:
Post a Comment