Nabila Huda Mengamuk Dengan Ibu Tiri, Isteri Amy Search.. Dedah Masalah Keluarga?

Wow ini sesuatu yang amat mengejutkan ramai. tentang luahan hati dari seorang pelakon yang juga anak kepada penyanyi legenda di Malaysia.



Ianya tentang pelakon Nabila Huda meluahkan perasaan kesal dan marahnya di akaun media sosial Instagram Stories miliknya.

Menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik, Nabila Huda atau lebih mesra di sapa Abil, mengakui sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia menceritakan kisah sebenar setelah lama dirinya diaibkan oleh individu terbabit.

Luahan menerusi foto yang dimuat naik oleh Nabila itu dilihat seolah-oleh ditujukan kepada seorang individu yang merupakan isteri kepada ayahnya iaitu penyanyi Amy Search.

Jika dibaca, memang amat pedas ayat yang digunakan oleh Nabila Huda ini.

Ini luahan Nabila Huda:












Nampaknya, mungkin Nabila Huda dah tak tahan lagi dan amat berang dengan individu ini.

Malah amarah Nabila Huda amat jelas sehingga menggelar individu itu sebagai seorang munafik.

Diimbas kembali, Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar yang merupakan [engurus restoren telah selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini telahpun berumur enam tahun.

Sementara itu, Amy Search telah berkahwin kali keempat dengan Nourish pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Penyanyi kumpulan Search ini turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, hasil perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

0 comments:

Post a Comment