Elly Mazlein dilihat terus lantang menegur bekas suaminya, Azmi Hatta berhubung isu nafkah anak.
Sebelum ini, Elly Mazlein mendakwa, pengarah berkenaan dikatakan tidak memberikan wang persiapan untuk sambutan Hari Raya anak mereka, iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berumur 2 tahun.
Bekas peserta Gegar Vaganza itu telah meluahkan rasa menerusi dua posting di laman Instagram miliknya.
Terbaru, Elly turut memuat naik satu lagi entri lebih kurang sama. Kali ini, dia mengakui tidak perlu menggunakan ayat suci atau agama untuk menampakan dirinya hebat kerana dia bercakap mengenai hal yang benar.
Pada masa sama, Elly menerusi ruangan kapsyen turut menambah;
"Bila nak kawin byk kali dan nak ada anak berderet, pastikan kamu mampu. Jangan kerana nafsu serakah kamu, anak jadi mangsa.
"Ada ke tunggu mewah baru boleh bagi nafkah .. Elok di baling batu panas kau ni.
"Ayat kebodohan tingkat berapa ni"
Diimbas kembali Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi pernah mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.
Azmi Hatta kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.
0 comments:
Post a Comment