Hannah Delisha merupakan antara pelakon yang pernah berlakon dengan Syafiq Kyle. Mereka berganding bahu dalam drama Mencitaimu Mr Photoghraper yang berjaya menaikkan nama kedua dua pelakon ini.
Ketika ini Syafiq Kyle sedang diduga dengan kisah kontoversi ini. Menerusi satu temubual dengan pihak mStar, Hannah menjelaskan hubungan dengan Syafiq dan mahu pelakon itu terus kuat.
Hannah Delisha juga memohon para netizen tidak membuat spekulasi atas apa yang telah berlaku.
Ini videonya:
"Saya tak kenal Syafiq Kyle secara peribadi, namun saya harap dia tabah dan kuat melalui ujian ini.
"Selebriti juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan itu lumrah kehidupan,"
Menerusi laporan Sinar pula, Hannah Delisha meluahkan rasa simpatinya terhadap Syafiq Kyle
"Saya simpati dengan apa yang berlaku ke atasnya dan berharap agar dia sentiasa positif dan kuat berdepan dengan semua ini.
"Saya tidak ada hak untuk mengeluarkan komen tentang perkara ini, apatah lagi tidak mengenalinya secara peribadi.
"Apa pun saya harap ia dapat diselesaikan dengan sebaiknya agar ia tidak sampai menganggu kehidupan dan kerjaya seninya selepas ini"
"Saya rasa sedih bila ada orang yang sanggup buat semua ini demi membuka aib orang lain, apatah lagi ia berlaku pada bulan Ramadan.
"Bagi saya ia adalah tindakan yang sangat tidak patut dan salah. Semua orang melakukan kesilapan dan janganlah terlalu menghukum.
"Daripada kita mengutuk dan menyebarkan kebencian, adalah lebih baik kita memberikan kata-kata positif
"Jangan mudah percayakan orang. Itu pengajaran yang saya lihat daripada apa yang berlaku ini"
Itulah antara komen dari hannah Delisha tentang kejadian yang menimpa Syafiq Kyle.
0 comments:
Post a Comment