"Maafkan Saya Nabila Razali, Farah Nabila" - Kesilapan Tak Sengaja Remy Ishak

Okey ini satu berita yang agak kelakar bagi para netizen. ini tentang kesilapan secara tidak sengaja yang dibuat oleh pelakon popular Remy Ishak.



Ianya tentang kesilapan yang dibuat oleh Remy Ishak meletakkan nama pada caption gambar bersama Farah Nabila laman sosial Instagram Remy Ishak.

Dilihat dari foto, Remy Ishak telah mengambil gambar bersama pelakon yang sedang popular iaitu  Farah Nabila.

Namun Remy telah tersilap dengan menyatakan wanita itu adalah nama penyanyi Nabila Razali yang popular menerusi lagu Pematah Hati.

Ini caption awalnya:

"Kasi chance la abg bergambar dgn awek cun ni.. Thank you NABILA Razali sudi bergambar dgn abg walaupun busy sediakan bubur lambuk utk pengunjung bazaar ‘Terima kasih’ tadi

Apabila foto itu dimuatnaik, ianya terus  dibanjiri komen oleh para netizen yang membetulkan Remy Ishak mengatakan gambar itu bukan Nabila Razali tetapi adalah Farah Nabila.

Ramai yang menganggap perkara ini sebagai lucu kerana Remy Ishak tidak mengenali artis dalam foto berkenaan.

Kemudiannya, selepas menerima kira-kira 600 komen dari para netizen, pelakon berkenaan telah membetulkan nama pelakon Nabila Razali kepada Farah Nabila pada caption tersebut.

Ini tulis Remy yang menukar nama:

"Kasi chance la abg bergambar dgn awek cun ni.. Thank you Farah NABILA sudi bergambar dgn abg walaupun busy sediakan bubur lambuk utk pengunjung bazaar ‘Terima kasih’ tadi


Dalam pada itu, Remy menerusi ruangan komen memberitahu dia terlalu mengantuk sehingga tidak fokus ketika mengenal pasti pelakon tersebut.

Ini komen Remy Ishak:

"Nabila Razali, Farah Nabila, saya kurang tidur hari ini. Maafkan saya"

Nabila Razali juga menulis komen mengatakan dia telah tersedak, rupa-rupanya ada orang salah tag namanya.

Para netizen yang terhibur turut menasihatkan pelakon itu agar mendapatkan rehat yang secukupnya, jangan sampai salah tag nama orang lagi.




0 comments:

Post a Comment