Isu Rumah Tangga Bergolak, Ini Kenyataan Dottie

Pelakon yang popular dengan nama Dottie telahpun berkahwin setahun yang lalu.




Kini di laman IG milknya, memang jarang kita lihat waajh suaminya bergambar bersama dengan Dottie.

Ini sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa status hubungan mereka? Ada juga mengatakan rumah tangga Dottie dan suami telah bergolak.

Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abd Razak telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Pelakon berumur 30 tahun ini tampil dan menafikan rumah tangganya dengan Mohd Haffis Abu Hassan sedang bergolak.

Kata Dottie, mereka bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak lebih setahun lalu.

Ini kenyataan dari Dottie tentang isu ruamh tangganya:

"Saya akui ramai pihak yang bertanya adakah saya masih tinggal sebumbung dengan suami lagi. Saya ingin jelaskan di sini hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah.

"Cuma suami saya kurang selesa apabila saya berkongsi gambarnya di Instagram. Dia bimbang sukar untuk melakukan kerja apabila ada yang mengenalinya.

"Disebabkan itu, saya hormat dengan keputusannya dan jarang memuat naik foto bersama," 

Menurut pelakon ini, dia langsung tidak berkecil hati atau menyimpan dendam terhadap individu yang membuat spekulasi tidak benar mengenai rumah tangganya.

"Kami okay saja. Kalau ada yang bertanya kami akan jawab dengan baik. Jujur saya tidak marah sebaliknya faham dengan keadaan ini.

"Lagipun kami yang memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kisah peribadi. Lagipun saya sendiri takut untuk berkongsi kebahagiaan rumah tangga, kerana alam rumah tangga ini ada pasang surutnya, jadi lebih baik bersederhana saja," 

Itulah kenyataan dari Dottie tentang ubungan dengan suaminya. Semuany abaik-baik sahaja.

Semoga Dottie dan suami terus bahagia ye.

0 comments:

Post a Comment