Agak kurang ajar dan melampau-lampau sikap netizen yang suka menghina anak kecil yang tidak berdosa.
Pelakon Nora Danish ternyata sudah kelihatan hilang sabar dengan sikap netizen yang berterusan dengan sikap tidak bertanggungjawab tergamak hina bayinya dengan panggilan yang tidak menyenangkan termasuk memanggil dengan gelaran Shrek.
Melalui ruangan Insta Stories baru-baru ini Nora berkongsi dua akaun individu yang telah mengutuk wajah anaknya termasuk menggelarkan anaknya dengan gelaran watak kartun Shrek dan ada yang beri panggilan dengan perkataan kesat.
Kata Nora lagi, dia berasa sangat terkilan kerana anak kecilnya itu dikutuk hanya kerana wajahnya.
Sebelum ini pun, Nora Danish ada meluah perasaan sampai dia tertekan dan menangis tentang anaknya ini.
Bukan itu sahaja, Nora Danish turut menjelaskan sebagai seorang yang dikenali ramai tidak semestinya dia tiada perasaan.
Dirinya juga sama seperti manusia biasa dan akan beremosi dan sensitif apabila anak tersayang dikutuk sebegitu.
Dalam pada itu, Nora turut menyentuh sekirannya dia sendiri pernah melakukan apa-apa kesalahan sila tegurnya, tidak perlulah ‘membawang’ dan meminta mereka di luar sana fikirkan bagaimana sekiranya ia terkena kepada mereka sendiri.
Nora mengatakan perkara kutuk mengutuk seperti ini harus dihentikan kerana dirinya sudah penat lalui benda seperti ini walaupun dirinya masih kuat!
Kasihan juga apa yang berlaku terhadap Nora Danish ini.
Jarang dilihat Nora begitu emosi dan meluahkan perasaan seperti ini dan mungkin dia sudah tidak tahan apabila bayinya yang tiada salah menjadi mangsa keadaan individu yang tidak bertanggungjawab!
Ibu mana yang tak rasa sedih sekiranya anak mereka menjadi bahan ejekan orang ramai kan. Sedih betul rasanya.
Ini luahan penuh dari Nora:
Semoga orang yang menghina itu insaflah!
0 comments:
Post a Comment