Tahniah! Achey Dan Isteri Kini Bergelar Ibu Bapa.. Termakbul Timang Anak

Akhirnya setelah lebih lapan tahun pelawak Achey dan isterinya, Anne untuk menimang anak  akhirnya dimakbulkan.



Ini setelah kedua-dua mereka mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat.

Achey  menerusi laman media sosial Instagram miliknya, mengumumkan sendiri perkara berkenaan.

Pelawak berumur 32 tahun ini memberitahu kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu bermula sejak 6 Ramadan lalu.

Bagi Achey kehadiran anak kecil itu adalah untuk mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

"Assalamualaikum. Bismillah... Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

"Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu," 

Ini fotonya:




Achey atau nama penuhnya Mohd. Nasir Hamzah turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

Kata Achey, Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey menjelaskan punca isterinya jarang bersamanya sejak awal Ramadan akhirnya terjawab kerana Anne berada di kampung bagi menjaga bayi mereka.

Ketiadaan isterinya tu membuatkan ramai menyangka isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan berselisih faham dengannya.

"Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang.

"Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas saya dan isteri sangat gembira tak terkata,"

Sementara itu, Achey berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan keluarga dan menerima kehadiran anak sulungnya itu.

"Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial.

"Semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya... RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAY!!!" 

Tahniah buat Achey sekeluarga. Semoga bertambah murah rezeki dan lebih berseri-seri rumah tangga bersama anak itu.

Akhirnya penantian dapat anak tercapai juga. InsyaAllah rezeki.

Ini luahan Achey sebelum ini yang sehingga menitiskan air mata apabila berbicara soal anak.


0 comments:

Post a Comment