Abam yang popular menerusi kumpulan Bocey berkata setiap hari dia merancang untuk mendapatkan cahaya mata namun hanya tuhan yang boleh menentukan.
"Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.
"Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak?
"Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha,"
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30 tahun dan isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Ini videonya:
Kata pelawak ini lagi, dia akan menjawab persoalan mengenai anak dengan serius biarpun orang menganggap seorang pelawak itu hanya tahu berjenaka sahaja.
Menurutnya, perasaan orang perlu dijaga tambahan pula pasangan yang sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Abam berharap orang ramai faham dan tidak bertanya soal anak.
"Orang akan jangka kita jawab dalam keadaan berjenaka sebab mereka ingat pelawak boleh buat main-main. Tapi soal ini, saya akan cakap dalam keadaan serius.
"Bagi saya soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Perasaan orang pun perlu dijaga.
"Letak diri kita di tempat orang yang ditanya. Kita yang baru setahun kahwin pun ada rasa sedih. Macam mana pula pasangan yang dah berpuluh tahun kahwin,"
Dalam pada itu, Abam sudah mula bekerja selepas bercuti menyambut hari raya Aidilfitri di kampungnya, Gombak dan kampung isterinya yang terletak di Sabak Bernam.
0 comments:
Post a Comment