Video: Que Haidar Menangis..Sayu Melihatnya


Tangisan air mata dari pelakon Que Haidar jelas kelihatan. Ternyata pelakon ini benar-benar sedih dengan apa yang berlaku.


Pelakon ini telah meluahkan rasa sedih menerusi lakonan mantapnya dalam satu iklan raya, drama pendek raya.

Iklan raya ini adalah untuk Uda Property, dan ianya berkisarkan tentang kisah antara anak dan juga ibunya.

Ceritanya adalah mengenai anak yang menyesal kerana cara layanannya terhadap ibunya ketika hidup.

Kini ibunya telah tiada lagi. Memang sedih iklan raya ini.

Que haidar berkongsi rasa hatinya dengan mengucapkan ribua terima kasih kepada pengarah dan juga pihak yang terlibat dalam  menjayakan iklan ini.

Ini tulis Que Haidar:

Apa pun kerja yg kita buat dgn ikhlas dan dari hati.. insyaallah akan sampai kehati juga.. terima kasih utk team #tandakasih #iklanraya2018 terutama Tuan Pengarah Sahabat sy saudara @izuan_mokhtar (saya bangga dengan awak) yang telah memberi ruang kepada saya berkongsi rasa bersama Seniwati @lizaothman61 yang saya sangat2 kagum dengan bakat dan pembawakan diri beliau... dendangan suara Emas saudara @syamel_official menyulam rasa terus kehati pendengar.. alhamdulillah.. terima kasih sy juga kepada @uda_official dan @uda_property_official kerana percaya dengan bakat kecil saya.. akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

Jom sama sama kita tonton iklan raya yang amat sayu ini.


0 comments:

Post a Comment