Ini apabila ada gambar lamanya menghadiri satu majlis Barisan Nasional dimuat naik semula netizen di laman media sosial.
Nabil yang merupakan pelawak dan pengacara popular telah menegaskan bahawa insan seni sepertinya hanya menjalankan tugas yang diberikan tanpa sebarang tanpa sebarang kecenderungan terhadap mana-mana parti politik.
Ini komen Nabil:
"Inti pati sesuatu program atau majlis itu terserah kepada penganjur sendiri, khidmat kami sebagai penghibur hanya menarik perhatian orang ramai dan memeriahkan sesuatu majlis.
"Tidak patut apabila seseorang penyanyi menyanyi untuk majlis mana-mana parti lalu dia dicop sebagai pengikut parti tersebut. Kami punya anak dan isteri yang perlu diberi makan di rumah"
Kata pengacara yang hebat dan popular di rancangan hiburan Gegar Vaganza ini mengatakan bahawa dia bukannya 'orang kaya' dan perlu menjaga periuk nasi untuk keluarganya.
Nabil menjadi salah seorang artis yang dikecam sebagai lalang apabila gambarnya di satu program Barisan Nasional dimuat naik semula netizen di media sosial.
0 comments:
Post a Comment