Suami merungut tentang Nad Zainal

Sejak selamat melahirkan anak pertama dan kini bergelar ibu, pelakon popular tanah air Nad Zainal memberitahu persiapan hari raya kini lebih tertumpu kepada anaknya.




Anaknya bernama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.09 kilogram pada tahun 2016 di sebuah hospital swasta.

Kata Nad Zainal, dia lebih banyak menyediakan kelengkapan untuk anak lelakinya itu berbanding diri sendiri dan juga suami.

Suami Nad dikatakan suka membuat persiapan sendiri dengan membeli baju raya sendiri seperti kurta.

Dikatakan, suaminya akan merungut sekiranya dibelikan baju dan tidak akan memakainya kerana dia mempunyai citarasa sendiri.

Ini komennya:

"Sekarang ni saya lebih banyak buat persediaan untuk anak, suami siapkan barang-barang dia sendiri sebab dia ada citarasa tertentu.

"Nanti bila saya dah beli, takut dia tak pakai pula. Jadi, saya fokus lebih dekat anak sahajalah.

"Pagi raya ini saya nak masak lodeh sebagai kejutan kepada suami, sebab tahun lepas dia ada tanya fasal juadah kegemarannya itu," 

Anak Nad Zainal dan suami kini amat baik dan sungguh aktif. Kata Nad dia gembira melihat perkembangan anaknya itu.

Diimbas kembali Nad Zainal atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin telah bernikah dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 14 0ktober 2016.

Ini videonya:




0 comments:

Post a Comment