TRAGEDI RAMADHAN: "Maafkan saya ibu"

Ini update tentang kemalangan yang telah meragut empat nyawa sekeluarga baru-baru ini. memang sedih kisah yang berlaku di bulan Raamdhan ini.



"Saya cuba bantu ibu yang ketika itu tersepit akibat besi penghadang jalan menembusi kereta, namun gagal," kata Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20 tahun, yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan ibu dan tiga orang adik beradiknya.

Kemalangan telah berlaku di Kilometer 161.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, Pahang, yang mengorbankan ibu dan tiga adik beradiknya.

Remaja berkenaan berkata, ketika itu dia baru dua minit berbual dengan ibunya sebelum tiba-tiba terdengar seperti bunyi letupan lalu kereta yang dipandunya terbabit kemalangan.

Mohd Shahrul Ikram berkata, dia terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan ahli keluarganya itu.

Katanya, sebelum tragedi itu ibu dan adik-adiknya sangat teruja berbelanja sepanjang berada di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu, sebelum bertolak pulang kira-kira jam 1 pagi hari kejadian.

Ini cerita remaja ini:

"Kami sekeluarga tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh kira-kira jam 3 pagi dan sempat bersahur di situ.

"Selepas bersahur kami semua solat Subuh dan menyambung tidur di dalam kereta sehingga jam 8 pagi. Saya memandu menyambung perjalanan ke Kemaman.

"Ketika memandu, ibu tiba-tiba terjaga dan bertanya kami di mana dan saya jawab kita di Maran dan ibu kemudiannya menyambung tidur," 

Shahrol hanya cedera ringan dan menyatakan dia tidak memandu dengan laju kerana teringat pesanan ibu supaya memandu perlahan dan sebaik tiba di tempat kejadian, kereta tiba-tiba tersasar ke tepi dan sebaik tersedar dia mendapati sudah merempuh penghadang jalan.

"Ketika itu kami semua tersepit di tempat duduk dan ibu serta tiga adik beradik lain ketika itu tidak sedarkan diri sebelum kami semua dikeluarkan orang ramai dan anggota bomba," 

Shahrol berkata demikian ketika ditemui selepas pengebumian ahli keluarganya itu di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru.

Kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi semalam itu, mengorbankan ibunya Azian Abdulah, 50 tahun, serta tiga adik beradiknya, Fatin Najwa Mazlan, 27 tahun, Fatin Nur Ardiana Mazlan, 15 tahun dan Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10 tahun.

Seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19 tahun, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Ini video kemalangan tersebut:



Ini pula komen En Mazlan iaitu ayah kepada Shahrul yang tidak ikut ke Kuala Lumpur.

"Saya kebiasaan tidak ikut dan beri keizinan kepada isteri dan anak-anak untuk keluar membeli belah. Saya di sini menjalankan perniagaan runcit dan tunggu kepulangan mereka sahaja membawa pakaian yang dibeli.

"Kali terakhir isteri telefon jam 11 malam tadi memaklumkan akan bertolak balik ke rumah. Saya difahamkan mereka juga ada singgah di kawasan rehat dan rawat (RnR) Temerloh untuk berehat sebelum dimaklumkan pagi ini mereka terbabit dalam kemalangan.

"Anak sulung saya (Fatin Najwa) baharu tamat pengajian di sebuah universiti swasta dalam bidang kejuruteraan dan dia dalam perancangan untuk memulakan kerjaya, namun apakan daya Allah SWT lebih menyayanginya dan menjemput mereka di bulan baik ini.

"Anak bongsu saya (Mohamad Danish Najmi) juga sebelum ke Kuala Lumpur berpesan kepada saya untuk jagakan kucingnya dan memberi makan… kenangan ini yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Takziah buat mereka sekeluarga. Semoga tabah dengan perkara yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment