LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak

LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak
LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak Shaheizy Sam terpalit kontroversi apabila diberi notis bankrupsi baru-baru ini. Pelakon ini diberi peluang hingga 15 Februari tahun 2018 untuk menyelesaikan cukai tertungak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Shaheizy perlu bertindak segera agar notis kebankrapan yang dikeluarkan sebelum ini boleh ditarik balik. Ini pendedahan: "Semalam...

(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri

(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri
(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri Isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Fareeda kini sedang hamil 5 bulan. Sebelum ini, Fizo ada berkongsi perubahan yang melanda Mawar fareeda setelah disahkan hamil beberapa bulan yang lalu. Baca perkongsian Fizo Omar (DI SINI) Yang terkini melalui perkongsian gambar terbarunya, sudah kelihatan baby bump Mawar Fareeda. Kini Mawar Fareeda telah dipuji semakin cantik...

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan
Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan Pengacara sensasi Neelofa telah membuat satu luahan perasaan yang menyentuh hati tentang program MeleTOP. Luahan ini dibuat di laman media Instagram pada malam Selasa mengundang perhatian ramai para peminatnya. Tulisan dari Neelofa itu membuatkan ramai menyangka Neelofa memberi bayangan dia akan meninggalkan program itu selepas lima tahun bertindak sebagai hos. Neelofa dmelahirkan rasa bertuah dapat menjadi...

"Itu Menunjukkan Dia Tak Hormat Saya.." - Hafiz Hamidun Kepada Joy Revfa

"Itu Menunjukkan Dia Tak Hormat Saya.." - Hafiz Hamidun Kepada Joy Revfa


Isu melibatkan pengesahan pernikahan Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa memang hangat diperkatakan orang ramai.

Isu ini menyebabkan banyak pihak memberi pandangan. Ini termasuk imam besar, pengarah JAIS dan yang terbaru dari pihak mufti sendiri.

Ini antara kenyataan para ilmuan:

~ Kenyataan Imam besar (BACA SINI)
~ Kenyataan Pengarah JAIS (BACA SINI)
~ Kenyataan Mufti (BACA SINI)

Status pernikahan pasangan ini hanya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah pada 14 September ini setelah Joy memfailkan permohonan Faraq (pembubaran nikah).

Baru-baru ini sekali lagi Hafiz Hamidun memberi kenyataan tentang hal ini.

Kali ini menerusi dari rancangan hiburan Melodi di TV3.

Ini komen Hafiz apabila ditanya tentang status pernikahan dan juga claim dari Joy revfa:

"Saya tak tahu apa yang dia claim, apa yang dia failkan. Tak tahu apa tuntutan dia. Kalau dia kata dia bukan isteri orang semasa bernikah dengan saya, dia kena jawab tentang itu. Saya tidak ada apa-apa komen.


"Bukan saya yang menimbulkan apa-apa spekulasi. Kenyataan saya mudah sahaja.Kita kena bercakap melalui fakta. Buat masa ini, Disebabkan kes ini sudah masuk mahkamah, saya tidak ada apa-apa kenyataan.


Hafiz Hamidun juga ditanya oleh wartawan sama ada dia memeriksa latar belakang Joy Revfa sebelum memutuskan untuk bernikah dengan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak itu.

Ini komen dari Hafiz Hamidun:

"Kalau nak cakap tentang periksa (latar belakang Siti Arifah), kita telah pun melalui prosedur-prosedur yang sebenar. Ada kronologi dan fakta-fakta yang kukuh. Kenyataan seterusnya tidak boleh saya berikan sekarang.

Hafiz Hamidun juga diminta mengulas mengenai komen Joy bahawa dirinya ditinggalkan dan bagai digantung tidak bertali olehnya:

"Saya telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku. Tindakan saya ialah berdasarkan fakta, bukannya rekaan, drama atau apa-apa yang membabitkan emosi. Saya juga dapat nasihat dari ustaz-ustaz serta pejabat agama sendiri.

"Saya telah berbincang dengan pendaftar nikah, rujuk dan juga cerai tentang situasi yang berlaku. Cukup saya katakan yang saya telah laksanakan tanggungjawab sepenuhnya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku.


"Segala kenyataan-kenyataan yang dia buat, tidak kira di laman sosial, televisyen, akhbar dan sebagainya, dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Di sendiri yang bawa kes ini ke mahkamah, dia kena menerima sebarang keputusan (mahkamah).

"Kalau dia kata tak dapat berhubung dengan saya dan ajak berbincang, saya sebenarnya tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Perbincangan kami sudah berlangsung sejak dulu, sebelum berlangsungnya pernikahan. Perbincangan itu sering dilakukan.Disebabkan dia sudah bawa tentang ini ke peringkat lebih tinggi iaitu dibicarakan di mahkamah, maka saya akan tunggu keputusan mahkamah.


Apabila ditanya tentang masa depan rumahtangganya, Hafiz ada mengatakan campur tangan orang luar memang tidak patut dan ini juga menunjukkan tiada rasa hormat terhadap Hafiz selaku suami.

Ini penjelasannya:

"Apabila kita berkahwin bukan hanya melibatkan lelaki dan wanita, suami dan isteri semata-mata, sebaliknya semua aspek: keluarga, peribadi, kerjaya dan sebagainya.

"Apabila berlaku isu dalam rumahtangga, kita hendak selesaikan secara baik namun nak dapat komitmen pihak yang satu lagi, timbul pula isu meluahkan perasaan, membabitkan campurtangan orang luar yang tidak sepatutnya.


"Itu menunjukkan bahawa tidak ada hormat kepada saya. Kalau dia rasa saya ini sebagai suaminya, dia perlu mendengar dan menerima nasihat, kerana setiap kali saya bercakap, nada saya bukannya melenting, Saya bercakap berdasarkan fakta, hukum-hakam agama yang betul, lunas-lunas undang-undang yang sewajarnya, tidak masukkan sebarang emosi dalam perbincangan yang membabitkan masa depan dan sebagainya. Kita tunggu dan lihat.


"Apa yang dia failkan akan ditentukan oleh mahkamah. Sekiranya kes ini boleh memberi implikasi kepada rumahtangga, saya sebenarnya bersikap positif. Saya tiada sebarang prasangka dan saya akan menghormati segala apa yang  diputuskan oleh mahkamah kerana itu cara terbaik.

Keputusan muktamad akan dibuat oleh Hakim Syarie pada 14 September ini, memandangkan hanya Hakim sahaja yang berhak menentukan secara rasmi sah atau tidak sesuatu penikahan.

Sumber: BeautifulNara

Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri

Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri
Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri Semalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea telah berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Thailand. Sebelum perlawanan memang kecoh tentang isu tiket yang kehabisan dalam sekelip mata dan menjadi rebutan macam pisang goreng panas. Setelah 90 minit berlangsung, akhirnya pasukan Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan penuh 0-1. Namun yang menjadi buah mulut ialah gol...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?
Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower...

Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Perbuatan Isterinya Siti Sarah

Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Perbuatan Isterinya Siti Sarah
Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Isterinya Siti Sarah Jika dilihat di laman media sosial, Siti Sarah sering merakam aksi romantik spontan bersma suaminya Shuib Sepahtu. Oleh kerana terlalu kerap, ada follower yang mula 'rimas' dan memberi komen negatif tentang perkara tersebut.Akhirnya, Shuib terpaksa menasihatkan kelakuan Siti Sarah itu supaya tidak keterlaluan menunjukkan kemesraan mereka di laman media sosial. Namun begitu, Shuib mengatakan kemesraan dirinya...

Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan

Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan
Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan Pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mendapat ;perhatian umum apatah lagi melibatkan satu perkara yang amat sensitif iaiu melibatkan sah pernikahan. Isu ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Imam Besar dan juga pengarah JAIS. Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Haji Zulkifli turut tampil memberikan pendapatnya. Antara point yang diberi ialah: -Mendaftarkan perkahwinan...

Masalah Rumah Tangga Sampai Masuk Hospital, Isteri Unfollow IG, Ini Pendedahan Keith Foo

Masalah Rumah Tangga Sampai Masuk Hospital, Isteri Unfollow IG, Ini Pendedahan Keith Foo
Masalah Rumah Tangga, Ini Penjelasan Keith Foo Selebriti sering menjadi tumpuan orang ramai terutama melibatkan masalah rumah tangga. Yang terbaru pasangan selebriti Keith Foo dan Kim Raymond pula menjadi topik bualan. Akhir-akhir ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuatnaik ke media sosial sehingga ada gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak. Lebih menguatkan gosip itu apabila isterinya tidak lagi "follow" Instagram milik Keith Foo lagi. Namun...

Ini Kata-Kata "Bongkak" Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand

Ini Kata-Kata Bongkak Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand



Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mengatakan ‘poketnya’ penuh dengan rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak Malaysia di final Sukan Sea.

Jika dilihat rekod tiga pertemuan terkini kedua-dua pasukan, ini, Chenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang Adib Zainudin mahupun Irfan Zakaria.

Dalam tiga aksi itu, Malaysia tewas dalam semua pertemuan iaitu :
~ 1-2 di final Piala Negara-Negara
~ 0-4 di Kejohanan Piala Dubai
~ 0-3 di Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23

Malah Chenrop selalunya menjadi penjaring gol ketika bertemu dengan pasukan Malaysia.

Ini komennya:

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai.

“Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,”


Disebalik keyakinan dan kata kata yang agak bongkak itu, Chenrop telah mengingatkan rakan sepasukannya supaya jangan terlalu pandang mudah apatah lagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal mendapat sokongan padu penyokong tempatan.

Ini komennya lagi:

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan.

“Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” 


Dua tahun yang lalu, Chenrop membantu Thailand memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura.

(FOTO) Isu Berkasih Dengan Dato Red, Pelakon "N" Ini Tampil Beri Kenyataan..Nak Tahu Siapa? Jom Baca

Pelakon Ini Tampil Beri Kenyataan Apabila Didakwa Kekasih Dato Red


Sebelum ini Dato Red pernah memberi kenyataan ada bercinta dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon baru.

Antara hint yang diberikan ialah namanya bermula dengan "N" , berasal dari Sabah dan merupakan bekas peserta realiti hiburan.

~Baca pendedahan dari Dato Red (DISINI)

Apabila dilihat dari hint yang diberi, rata rata mengatakan ianya seperti Nonny yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia.

Apabila nama dikaitkan dengan Dato Red, Nonny AF telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Ini kenyataan dari Nonny:

"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengan Datuk Red.


"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,"

"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu.


"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,"

"Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.


"Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin.


"Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan,"

"Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.


"Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta,"


Nonny mengaku gosip tersebut telah membuatkan dia dan teman lelakinya bergaduh.

Kata Nonny lagi, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

Sumber: mStar

"Saya tak perlu susah payah cari jurulatih peribadi jika bekas suami ada.." Anak Rita Rudaini Wakili Sekolah Bola Sepak

"Saya tidak perlu susah payah cari jurulatih peribadi jika bekas suami ada.." Anak Rita Rudaini Wakili Sekolah Bola Sepak



Rita Rudaini mendedahkan anaknya Rayyan kini meminati bidang bola sepak.

Pelakon ini tidak pernah menghalang anak sulungnya untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak sebagaimana anggapan segelintir pihak ekoran kisah perceraiannya dengan bekas suami, Aidil Zafuan.

Rita Rudaini memberitahu Airit Rayyan Rizqin yang kini berumur 8 tahun telah terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya.

Ini pendedahan Rita Rudaini:

"Apabila gurunya di sekolah meminta kebenaran untuk Rayyan terbabit dalam pasukan bola sepak sekolah, saya tidak keberatan asalkan dia berminat.

"Saya pun bertanya kepada Rayyan dan dia berminat. Jadi buat apa saya nak halang,"


Demi anaknya itu yang berbakat dalam bidang bola sepak, Rita berkata, dia telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk anaknya.

Ini komen Rita Rudaini:

"Saya tidak perlu bersusah payah cari jurulatih peribadi sekiranya bekas suami ada. Sedikit sebanyak dia boleh membantu menyediakan kelengkapan sukan dan melatih Rayyan tetapi sekarang saya kena buat sendiri dan bertanya kepada orang lain.

Pertama kali melihat Rayyan bermain bola sepak, Rita Rudaini akui ketawa besar kerana anaknya itu tidak biasa dengan sukan di padang.

Ini dedahnya:

"Saya tergelak apabila melihat keadaannya yang tidak selesa dengan aktiviti di padang. Dia tidak selesa apabila pakaiannya kotor dan berpeluh.

"Jika sebelum ini minatnya lebih ke arah sukan catur atau bermain pemainan Lego, tetapi kini saya beritahu dia perlu membiasakan diri dengan bola sepak," 


Sumber: Harian Metro

Lelaki 'Keras' Lihat Farah Ann - Komen PU Rahmat Tentang Farah Ann Dikecam Netizen

Lelaki 'Keras' Lihat Farah Ann - Komen PU Rahmat Tentang Farah Ann Dikecam Netizen
Lelaki 'Keras' Lihat Farah Ann - Komen PU Rahmat Tentang Farah Ann Dikecam Netizen Kini sedang hanta berlangsungnya sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Antara atlet yang menajdi tumpuan ialah atlet keturunan Sultan Brunei iaitu Putera Mateendan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Atlet wanita yang menjadi sebutan ramai pula sudah tentu dari gimnastik iaitu Farah Ann yang menrangkul emas. Begitu juga dengan skuad bola sepak Malaysia yang sudah layak ke peringkat final....

"Berlagak Kaya, Membazir" - Tayang Foto Percutian Mewah, Hairul Azreen Dan Hanis Zalikah Dikecam Secara Berjemaah

"Berlagak Kaya" - Tayang Foto Percutian Mewah, Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Dikecam Secara Berjemaah


Pasangan suami isteri Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha kini sedang bercuti di Maldives bersama anak sulungnya.

Mereka berdua ada berkongsi foto kenang-kenangan di laman media sosial sepanjang percutian mereka.

Jika dilihat dari foto, hotel penginapan pasangan ini di Maldives  memang mewah habis.

Apabila tersebar gambar percutian Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mula tersebar dan menjadi viral, sudah tentu ada mulut mulut yang memberi komen negatif.

Ramai juga yang mengkritik pasangan ini bercuti degan mewah di luar negara dan ada yang menyindir mereka.

Antara komen yang diberi mengatakan mereka berdua hanya berlagak dan show off.

Ada juga mempertikai mereka ini tidak membawa ibu bapa bercuti bersama.

Dan rata-rata mengatakan pasangan ini telah membazir dan boros kerana bercuti terlalu mewah.

Ada yang memberi nasihat supaya artis lebih baik simpan duit untuk masa depan.

Jom baca komen komen dari haters:








Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV

Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV
Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV Beberapa hari yang lalu, industri hiburan dikejutkan apabila suami kepada Sharifah Shahirah iaitu Ijoy menfailkan saman terhadap stesen TV. Sharifah Shahirah telah memberi sokongan penuh tindakan suaminya, Ijoy yang menfailkan saman terhadap stesen TV AlHijrah Khamis lalu. Pelakon dan pengacara ini tidak takut sekiranya namanya digam oleh stesen TV terbabit kerana tindakan suaminya itu. Menurut Shira,...

Inilah Pendedahan Mengejutkan Mesej WhatsApp Dato Ray Ketika Ceraikan Joy Revfa

Inilah Pendedahan Mengejutkan Mesej WhatsApp Dato Ray Ketika Ceraikan Joy Revfa
(PENDEDAHAN) Ini Mesej Penceraian Dato Ray Ketika Ceraikan Joy Revfa Menerusi portal My Nation News dan Beautiful Nara, ada pendedahan mesej yang dibuat oleh Datuk Ray ke atas Joy Revfa pada tahun 2015. Mesej tersebut amat ringkas iaitu “Aku akan ceraikan kau esok.” Portal My Nation News juga ada mendedahkan butiran yang dikatakan fakta sebenar yang berlaku. Berikut adalah fakta sebenar melibatkan isu pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dan Siti Arifah: -Siti Arifah bernikah...

Seorang Lagi Produser Popular Dedah Sikap Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah

Seorang Lagi Produser Popular Dedah Sikap Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah
Seorang Lagi Produser Popular Dedah Sikap Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah Nama Aliff Aziz kini amat popular dan terus sinonim dengan gelaran 'bad boy' kerana pelbagai kontroversi yang melanda. Kini seorang lagi produser mendedahakan sisi lain dari Aliff Aziz. Walaupun Aliff Aziz sering dikritik kerana pernah dikatakan tidak berdisiplin, produser Zeel Production pula memuji sikap artis itu. Pemilik syarikat itu iaitu Fadzil Teh berkata,...

"Romantik Bagai, Takkan Tidur Asing? Pergi Honeymoon Kata Tak Sah..Pening, Memang Pening ” - Ibu Joy Revfa Perli Hafiz Hamidun

"Romantik Bagai, Takkan Tidur Asing? Pergi Honeymoon Kata Tak Sah..Pening, Memang Pening ” - Ibu Joy Revfa Perli Hafiz Hamidun



Nampaknya ibu Joy Revfa dilihat telah memuatnaik status di media sosial tentang isu perkahwinan anaknya.

Beberapa status ditulis oleh wanita ini mempersoalkan dan seakan menyindir Hafiz Hamidun.


Antara kata-katanya ialah bagaimana boleh honeymoon dan tidur sebilik tetapi meragui hubungan pernikahan.

Ini komen ibu Joy revfa:


Sementara itu banyak lagi status yang dimuatnaik oleh ibu Joy Revfa ini. Yelah ibu mestilah sedih dan tak senang hati melihat anaknya dilanda dugaan seperti yang dialami oleh Joy Revfa.

Ini antara status lain dari ibu Joy Revfa:

1) Saya mengucapkan ribuan tkasih kpd pihak JAIS kerana dapat memberi kenyataan serta penjelasan dan kebenaran kpd media tentang lulus @ sah perkahwin Joy Revfa Sofia dan Hafis Hamidun serta telah mendpt pengakuan yg jelas dari bekas suami.

Saya juga dgn rendah hati memohon pihak media serta rakan2 menghentikan cerita2 yg boleh membawa fitnah kedua2 pihak.


Saya mendoakan agar pekara ini dapat diselesaikan dgn segera dan dgn cara yg baik agar anak saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa suami dan saya mengharap di suatu hari nanti Allah temukan insan yg benar2 dapat membahagiakan serta yg beragama agar dapat membimbing beliau hingga jannah..



2) Anakku insan terpilih yg sering diberi dugaan perkhawinan...ibu doakan supaya suatu hati Allah temukan Insan yg baik serta beragama.


3) Kesabaran syg amat ibu hargai....kalau lah arwah ayah ada...pasti ia rasa gembira kerana arwah ayah joy seorg penyabar.

4) Lapuran JAIS, Joy Revfa
Lulus nikah selepas bekas suami mengaku telah bercerai

Usah persendakan agama lagi


5)Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami.
- Prof Muhaya.


6)Kita jgn jadi org yg tidak bermaruah...kalau kita bergaduh dgn org tidak bermaruah...kita pun sama


7) Yg banyak cakap ni yg sebenarnya nk tutup kelemahan, banyak cakap
banyak silap

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi 



Hafiz Hamidun sekali lagi tampil memberi respon apabila pengarah JAIS tampil memberi komen.

Penyanyi ini mengatakan orang ramai dilihat keliru dengan tajuk berita tentang kenyataan Datuk Haris Kasim tentang status pernikahannya dengan Joy Revfa.

Selepas berita tentang kenyataan pengarah JAIS itu keluar di Berita Harian, Joy Revfa juga ada memberi komen tentang hal itu.

Kenyataan dikeluarkan itu memang benar di mana permohonan pernikahan pada 1 Mei diluluskan dan bukan memutuskan pernikahan itu sah atau seperti didakwa Joy.

Joy Revfa didakwa oleh Hafiz Hamidun telah memanipulasi kenyataan yang ada.

Oleh itu, Hafiz meminta Joy Revfa berhenti mengeluarkan komen-komen yang dikatakan boleh megelirukan orang ramai.

Dalam masa sama, Hafiz tidak marah dengan komen negatif yang dilemparkan kepadanyadari netizen kerana mengatakan mereka tidak tahu situasi sebenar.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Kenyataan JAIS itu sama seperti apa yang saya jelaskan dalam sidang media Selasa lalu. 

"Kalau dibaca dengan teliti tidak ada apa yang mengelirukan, cuma orang kita keliru dengan tajuk berita itu.

"Disebabkan itu saya dihentam pengguna laman sosial. Pada masa sama, Joy tidak sepatutnya memuat naik status dengan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai,"


"Joy tidak boleh menganggap pernikahan kami sah menerusi kenyataan JAIS itu. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini yang mana pernikahan kami tidak sah berdasarkan beberapa fakta kukuh.

"Jangan manipulasi kenyataan yang ada. Isu sekarang bukan lagi membabitkan pernikahan sah atau tidak, sebaliknya kembali kepada tuntutan Joy iaitu faraq nikah atau pembubaran nikah,"

"Bagi yang faham apa berlaku, tidak ada masalah. Cuma yang tidak faham saja yang main cakap dan hentam.

"Saya sudah penat dengan isu ini. Kalau boleh saya nak habiskan cepat. Banyak lagi perkara lain saya nak buat. Sehinggakan kalau saya muat naik gambar orang tetap komen yang bukan-bukan,"


Sumber: Harian Metro

Selepas Pengarah JAIS Beri Kenyataan, Ini Respon Balas Hafiz Hamidun

Selepas Pengarah JAIS Beri Kenyataan, Ini Respon Balas Hafiz Hamidun
Selepas Pengarah JAIS Beri Kenyataan, Ini Respon Balas Hafiz Hamidun Pihak JAIS telahpun memberi kenyataan kenapa memberi pelepasan dan kebenaran pernikahan kepada pasangan Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa. ~Baca kenyataan penuh dari JAIS (BACA SINI) Hafiz Hamidun menerusi laman media sosialnya telah memebri respon balas tentang kenyataan dari pihak JAIS ini. Kata Hafiz Hamidun, kenyataan dari pengarah JAIS itu amatlah adil dan tepat. Namun Hafiz ada memberi 8 poin tentang...

(TERKINI) Joy Revfa Akhirnya Dedah Bukti Bahawa Hafiz Hamidun Yang Buka Aib Terlebih Dahulu

(TERKINI) Joy Revfa Akhirnya Dedah Bukti Bahawa Hafiz Hamidun Yang Buka Aib Terlebih Dahulu
(TERKINI) Joy Revfa Akhirnya Dedah Bukti Bahawa Hafiz Hamidun Yang Buka Aib Terlebih Dahulu Pengarah JAIS akhirnya bersuara dan memberi kenyataan tentang kemelut rumah tangga Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa. Ternyata pihak JAIS memberi kebenaran bahawa pernikahan pasangan ini telah diberi kebenaran kerana bekas suami Joy sendiri akui telah menceraikan Joy Revfa. Baca kenyataan penuh dari pengarah JAIS (BACA SINI). Melalui laman media sosial miliknya, Joy Revfa meluahkan...

Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa
Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Semalam seorang imam besar telah menegur tindakan Hafiz Hamidun ke atas isterinya Joy Revfa. Baca kenyataan imam besar itu (DI SINI). Pasangan  Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mula mencuri tumpuan pihak JAIS apabila isu rumah tangga mereka menjadi buah mulut orang ramai. Ramai tanya kenapa pihak jabatan agama memberi kebenaran bernikah kepada Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa? Ini jawapan...

Imam Besar Tampil Menegur Perbuatan Hafiz Hamidun

Imam Besar Tampil Menegur Perbuatan Hafiz Hamidun
Ini Teguran Imam Besar Tentang Apa Yang Hafiz Hamidun Lakukan Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin telah memberi komen menegur tindakan Hafiz Hamidun. Katanya, penyanyi Hafiz Hamidun sepatutnya mengambil tindakan segera selepas berasa curiga terhadap perkahwinannya dengan Joy Revfa tanpa perlu menunggu masa lebih tiga bulan. Tindakan Hafiz Hamidun memohon faraq apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah...

(FOTO) Baju Jarang Sampai Nampak Dalam Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin

(FOTO) Baju Jarang Sampai Nampak Dalam Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin
Fesyen Jarang Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin Pelakon baru Puteri Aishah akui dia tidak perasan baju yang dipakainya jarang sampai nampak pakaian dalamnya. Puteri Aishah mengenakan fesyen terbarunya di pertunjukan fesyen sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2017 (KLFW) di pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini. Ini foto nya: Gambarnya memakai baju itu menjadi viral di laman sosial dan pelakon ini telah dikecam hebat oleh netizen. Oleh kerana Puteri...

"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz

"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz 



Aisyah Aziz merupakan adik kepada Aliff Aziz yang pernah menyertai Akademi Fantasia.

Baru-baru ini Aisyah Aziz terpalit kontroversi apabila ada pihak salah guna namanya/

Ternyata penyanyi tinggi lampai ini berang apabila ada pihak yang menggunakan namanya sebagai cara memperdayakan orang ramai.

Aisyah dikatakan akan memperkenalkan mereka yang mempunyai minat berlakon yang mahu mencuba nasib dalam industri seni tanah air.

Aisyah Aziz mendapat aduan daripada peminat yang terpedaya dengan penipuan itu.

Ini jelas Aisyah:

"Itu bukan saya!, saya juga terkejut dan marah apabila ada individu yang guna nama saya di aplikasi Wechat menawarkan peluang berlakon yang mana kononnya saya ada mencari pelakon baru.

"Saya dapat tahu bila ada peminat yang bertanya tentang perkara itu betul atau tidak daripada saya," 


"Peminat tolonglah jangan mudah percaya dengan nama-nama artis di laman sosial, lebih-lebih lagi yang menawarkan pelbagai perkara melibatkan wang.

"Sesiapa pun boleh menggunakan nama artis yang mereka mahu di laman sosial dan perkara itu sukar untuk dikawal,"


Tambah Aisyah lagi, dia juga tidak pernah berdaftar dan mempunyai aplikasi We Chat yang digunakan penipu terbabit.

Ini kali kedua namanya disalahguna oleh penipu sejak Aisyah Aziz bergelar artis.

Aisyah berharap peminat tidak mudah percaya dengan perkara dengan pengguna laman sosial yang menggunakan nama artis.

Sumber: mStar

Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade Azmi

Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade Azmi
Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade Erma Fatima kini telahpun sah bercerai dengan Bade Azmi pada 17 Ogos lalu. Bade melafazkan cerai talak satu terhadap Erma Fatima di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang. Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba sahaja mereka bercerai. Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku selepas mereka berkahwin selama 26 tahun. Erma Fatima menyatakan bahawa hubungan dia dan Bade masih lagi baik. Malah dia mengatakan...