Thursday, September 8, 2016

Adegan Mesra: Siti Elizad Minta Maaf

Adegan Mesra: Siti Elizad Minta Maaf


Pelakon Siti Elizad kini tampil dengan drama baru berjudul Si Kolot Suami. Drama tersebut menampilkan Amar Baharin sebagai heronya.

Drama tersebut mencuri perhatian apabila terdapat adegan yang agak mesra antara kedua-dua pelakon utama iaitu Siti Elizad dan Amar Baharin.

Antaranya ialah babak di atas katil yang sekaligus menerima kritikan dari para penonton.

Siti Elizad telah memberi kenyataan tentang hal ini dan mengambol pendekatan memohon maaf atas babak tersebut sekiranya membuat penonton tidak selesa.

Ini komennya:

“Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon. Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan rating tontonan drama ini”

“Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu,”

Tambah Siti Elizad, suaminya telah merestui penglibatannya di dalam drama tersebut dan tiada isu mengenainya dari pihak suami. 

0 comments:

Post a Comment