Friday, September 23, 2016

Izreen Azminda Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi, Tak Boleh Bersemuka!!

Izreen Azminda Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi, Tak Boleh Bersemuka!!


Pelakon jelita Izreen Azminda kini telah tampil membuat pengumuman bahawa dia tidak akan berlakon bersama Amar Baharin lagi selepas ini.

Izreen dan Amar yang sebelum ini pernah dikaitkan bersama  dan pernah berganding dalam drama popular berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Kini Izreen akui tidak akan berganding lagi dengan Amar Baharin namun tidak mempunyai masalah dengan bakal isteri Amar iaitu Amyra Rosly.

Ini komennya:

Kalau Amar Saya Tolak

"Saya memang dah tak mahu berlakon dengan Amar Baharin. Setiap tawaran saya akan tanya produser dahulu siapakah pelakon lelakinya, kalau Amar memang saya tolak.

"Saya tak suka nak propa atau menipu diri sendiri. Saya cakap terus terang kerana saya tak boleh berdepan dengan lelaki yang pernah beri impak dalam hidup saya,”

Tak Boleh Bersemuka

"Saya rasa Amar pun tahu prinsip dan pendirian ini. Saya tiada masalah dengan bakal isteri dia. Hanya dengan Amar sahaja saya dah tak boleh bersemuka. Orang akan cakap saya tak profesional tetapi ini pendirian saya.

"Saya bukan berdendam cuma dah tak mahu ada kaitan dengan Amar lagi,”

Lelaki Muda Cuba Dekati

“Ada yang lebih muda cuba mendekati saya, cuma kalau boleh saya ingin lelaki yang ikhlas menerima saya seadanya di samping menyayangi saya dan anak sepenuh hati,” 

0 comments:

Post a Comment