Tuesday, September 27, 2016

Kak Ogy Marah Peserta AF, Tak Faham Kenapa Pengetua Keluar Dewan

Kak Ogy Marah Peserta AF, Tak Faham Kenapa Pengetua Keluar Dewan


Akademi Fantasia sekali lagi diselubungi kontroversi apabila Datuk Shake secara tiba-tiba keluar dari dewan ketika Konsert AF dan juga juri, Kak Ogy yang memarahi peserta AF bernama Asha.

Ini komen Ogy Ahmad Daud:

Tak Faham Pengetua Keluar

"Saya tegur perkara yang betul dan tahu tahu kenapa pengetua (Datuk Shake) keluar dari dewan. Saya hanya sentuh bab persembahan dan bukannya vokal,"

Tegur Kerana Ingin Betulkan

Ogy berkata, dia menegur dan mahu memperbetulkan persembahan Asha.

"Dia menyanyikan lagu Elergi Sepi dendangan asal Azharina Azhar tetapi persembahannya macam Mulan Jamela.

"Melodi Elergi Sepi digubah dengan cukup menarik oleh Edry Abdul Halim tetapi di manakah letaknya kebijaksanaan dan kreativiti Asha ketika menyanyikan lagu itu.

"Saya mesti berkata benar. Lirik Elergi Sepi menceritakan kesilapan yang dilakukan seorang wanita dan dia meminta maaf. Mood lagu itu sepatutnya sedih tetapi Asha jadikannya gembira.

"Mereka berada dalam akademi untuk belajar dan jangan hanya mengharapkan menang undi. Cuba tengok kembali peserta yang menang kerana undi. Kebanyakannya tidak berjaya dalam industri,”


Berang Senyum Dikritik

Ogy semakin berang apabila ada peserta yang bersikap sambil lewa dan tersenyum ketika dikritik.

"Ketika saya belajar berlakon dulu nak tengok muka cikgu pun takut. Inikan pula nak tersenyum-senyum memang nak cari nahas. Bagi saya mereka tak serius belajar.

"Apabila ditanya, mereka tak faham apa itu seni. Saya memang tak boleh tahan dengan orang yang mempermain-mainkan seni"

0 comments:

Post a Comment