Tuesday, September 13, 2016

Penampilan Sulung Norashikin Sebagai "TENGKU PERMAISURI SELANGOR" Jadi Tumpuan

Penampilan Sulung Norashikin Sebagai "TENGKU PERMAISURI SELANGOR" Jadi Tumpuan



Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin telah berkenan menghadiri santapan selepas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Penampilan sulung Norashikin Abdul Rahman di khala­yak ramai sebagai Tengku Permaisuri Selangor mencuri tumpuan jemaah yang hadir.


Tengku Permaisuri Norashikin yang tiba bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid sekitar jam 8.20 pagi kelihatan anggun dengan jubah dan selendang berwar­­na hitam.

Wajah Norashikin yang sentiasa melontarkan senyuman membuatkan orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambarnya.

Sementara itu, kira-kira 4,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid tersebu yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Jumaat lalu, Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais mengumumkan pemasyuran gelaran Norashikin sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa 8 September lalu setelah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Selain pemasyuran gelaran Tengku Permaisuri Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Tengku Permaisuri Norashikin.

Pada 31 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin, 71, melangsungkan pernikahan dengan Tengku Permaisuri Norashikin, 45, dalam satu majlis yang diadakan secara ringkas dan sederhana di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.



0 comments:

Post a Comment