Friday, November 11, 2016

Dira Abu Zahar Akui Alami Masalah Rumahtangga, 6 Bulan Duduk Berasingan

Dira Abu Zahar Akui Alami Masalah Rumahtangga, 6 Bulan Duduk Berasingan


Dira Abu Zahar akhirnya membuka mulut mengakui sedang mengalami masalah rumah tangga,

Dia dan suaminya, Helmi Yusof sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung.

Ketika ini, Dira sedang menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah berikutan kemelut rumah tangga mereka sejak beberapa bulan lalu.

Ini pendedahan Dira:

"Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. 

"Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. 

"Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan”
 

"Pendek kata, ianya merupakan salah kedua-dua pihak kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. 

"Dalam hidup berumah tangga, ada elemen yang perlu dijaga, tetapi akhirnya ianya menjadi tidak terkawal,” 


Dira juga menafikan kehadiran pihak ketiga sebagai punca perpisahan.

Dia menjelaskan bahawa keretakan hubungan mereka berpunca dari mereka sendiri yang sibuk dengan tuntutan kerja sehingga melupakan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Sebelum ini, Dira dan suami didakwa telah bercerai namun ketika ditanya mengenai kemelut rumah tangga mereka, masing-masing memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen.

1 comments: