Namun setiap kali pos di laman IG, sudah tentu ada saja yang tak kena bagi sesetengah followernya.
Maklumlah follower mencecah jutaan orang, sudah tentu susah untuk memenuhi dan memuaskan hati semua pihak.
Sebagai selebriti yang amat popular, memang banyaklah pihak yang tak suka yang digelar haters.
Kadangkala Rozita Che Wan tak dapat tahan kemarahan dan kadangkala dia marah dengan komen dari para followernya tentang sesuatu isu dan terus memberi respon.
Apabila ini berlaku ada yang mengatakan Che Ta ni seorang yang cepat melenting.
Ini penjelasan dari Che Ta:
"Kalau dorang komen yang naikkan darah memang I naik hantu la"
"Saya tak ada lah suka nak melenting di Instagram, tapi kalau saya rasa benda tu salah, saya akan bidas semua.
"Bukan semua benda kita tak ambil peduli, cumanya kalau salah saya akan beritahu itu salah.
"Dulu ada I muatnaik gambar Aaisyah, macam ada yang naik shaiks terus I delete."
"Kalau I muatnaik foto yang tak sopan dan orang komen, so I akan delete"
"Sebagai selebriti kita kena terima semua komen dan kalau ia benda yang baik kita akan ikut,"
Sementara itu, Che Ta memberitahu dia banyak menghabiskan masa menggunakan laman sosial ketika berada di dalam keretanya kerana tiada apa nak buat.
Kalau ketika di rumah, banyak benda lagi nak buat dan dia tidak akan aktif di laman media sosial.
Kerana itu, dia memang jarang buat live di IG.
Apapun untuk raya tahun ini, Che Ta sekeluarga dikatakan ada 20 pasang baju raya. memang sakan sunggguh.
~Nak tengok movie Free? Klik Link Bawah:
0 comments:
Post a Comment