Friday, November 11, 2016

(3 VIDEO) Amar Baharin Selamat Nikahi Amyra Rosli

(3 VIDEO) Amar Baharin Selamat Nikahi Amyra Rosli



Pasangan selebriti popular Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebentar tadi.

Mereka akhirnya telah bergelar suami-isteri apabila selamat bernikah pada jam 5.15 petang dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan bapa kandung Amyra, Rosli Awang, dengan disaksikan Pegawa JAWI, Hazman Hashim, di sebuah hotel terkemuka di KL.

Amyra yang tampil anggun dengan busana rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.

Selain itu, pihak Amyra menerima 5 dulang hantaran dan membalas 7 dulang kepada Amar.

Majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak itu turut menyaksikan pasangan mempelai memotong kek bertatahkan kristal Swarovski.

Majlis resepsi Amyra akan berlangsung malam esok di lokasi sama, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di Ampang, Selangor pada 19 November ini.

Tahniah buat Amar Baharin dan juga Amyra Rosli



0 comments:

Post a Comment