Wednesday, May 3, 2017

Kes Dera Pelajar Tahfiz Sehingga Maut: Pembantu Warden Sujud Syukur Dibebaskan

Kes Dera Pelajar Tahfiz: Pembantu Warden Sujud Syukur Dibebaskan 



Ini adalah update terkini tentang kes dera kanak-kanak pelajar tahfiz bernama Thaqif.

Suspek, seorang pembantu warden yang didakwa mendera pelajar berusia 11 tahun telah dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada hari ini.

Suspek yang berbaju oren sambil diiringi pegawai polis telah tiba di mahkamah kira-kira pukul 12. 15 tengah hari.

Pihak Hakim, Salawati Djambari telah membuat keputusan membenarkan perintah itu dikeluarkan bagi membebaskan suspek berusia 29 tahun dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.

Sebaik keluar dan melalui perkarangan Mahkamah, suspek dilihat berdoa dan bersujud sebagai tanda kesyukuran.

Kakitangan sekolah tahfiz itu direman sejak 22 April lalu berkaitan siasatan kes dera adik Thaqif yang telah meninggal dunia.

Kes tersebut telah disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Mangsa telah dimasukkan ke hospital Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat gangren pada 22 April lepas, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Namun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Terdapat diari dari adik Thaqif yang menajdi viral kerana mendedahkan telah dipukul.

Baca diari dan nota dari adik Thaqif itu DISINI.


0 comments:

Post a Comment