Muka berok macam ni baru lah lawa, isteri Izzue kena lagi..

Kalau diimbas kembali, memang agak kerap isteri kepada Izzue Islam dikutuk rupa parasnya.



Pada hari raya tahun ini, sekali lagi pasangan ini menjadi mangsa kecaman.

Sekeping fotoIzzue Islam dan isteri, Awin menyambut raya yang dimuat naik ke laman Instagram (IG) telah dikutuk oleh sesetengah netizen.

Rata-rata ada pihak yang benci isterinya telah mengutuk serta menghina wajah Awin kerana dikatakan tidak cantik dan langsung tak sepadan dengan Izzue yang tampan dan popular.

Namun penyanyi dari kumpulan Forteen ini tidak berdiam diri malah dia yang berang dengan komen melampau dari netizen itu telah memuat naik sebuah video ke akaun IG peribadinya.

Video tersebut dituju khas kepada netizen yang mengutuk.

"Video ini khas buat netizen yg suka mengutuk dan mencaci ciptaan Allah.

"Muka berok macam ni baru lah lawa dan kacak bukan?

"Syurga untuk kalian!"

Ini videonya:




Menerusi video tersebut, isterinya memakai topeng monyet dan berjalan bersamanya di sebuah mall.

Terdahulu, Izzue ada meluahkan rasa tidak puas hati di dalam sebuah akhbar tentang wajah isterinya dikutuk ramai.

Ini luahan dari Izzue menerusi pantun:

PANTUN BUAT SI JARI LADA 

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari dia makan roti,
Hari raya pon masih ade orang mencaci,
Guna fake acc untuk selindung diri.

Main mercun sambil menari,
Raya pertama hidang kari,
Janganlah begini sedara sedari,
Kalau tak dimaafkan seksa diakhirat nanti.

Terlebih berbisa tutur bicaranya,
Dilontar tajam menikam sipembaca,
Hati sedih tiada siapa yang rasa,
Penat melayan kerenah si jarilada.

Ada mata lihatlah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kasih sayang,
Barulah semua hari tenang.

Kesian Izzue Islam dan isteri kerana sering di kutuk oleh mereka yang kurang ajar. Semoga tabah ye buat Izzue dan isteri.



0 comments:

Post a Comment