Saturday, May 6, 2017

"Tak Pernah Kena Kecam Teruk Macam Ni..." - Luahan Siti Nordiana Yang Terkejut

"Tak Pernah Kena Kecam Teruk Macam Ni..." - Luahan Siti Nordiana 


Penyanyi popular yang juga juara Gegar Vaganza, Siti Nordiana kini menjadi pengacara untuk program realiti Gema Gegarvaganza (GGV).

Siti Nordiana atau Nana akui  telah dikecam teruk oleh penonton rancangan itu.

Nana dan rakan pengacara iaitu Achey dan Fikry sering mendapat kecaman hebat setiap kali mereka bersiaran di atas pentas.

Para penonton sering mengkritik cara pengacara-pengacara ini mengendalikan program itu yang dikatakan kurang sesuai dengan konsep program yang menjurus kepada keagamaan tersebut.

Sebenarnya, Nana agak terkejut dengan kecaman hebat yang diterima.

Oleh itu, Nana pula berhenti membaca kome dari para penonton supaya tidak 'koyak'.

Ini komennya:

"Nana tak pernah terima kecaman seteruk ini. 

"Baru sekarang Nana faham apa yang Nabil dan Jihan rasa sewaktu mereka mengendalikan Gegarvaganza sebelum ini ” 

"Lantaklah… Nana dah tak kuasa nak layan” 

Semoga Nana terus berusaha lebih keras untuk menjadi pengacar yang lebih berjaya.

Sebenarnya tidak seteruk mana pengacaraan Nana, namun gandingan dengan pelawak mungkin kurang kena kerana mereka sering cuba membuat kelakar di atas pentas untuk menceriakan suasana.

Siti Nordiana merupakan juara program  Gegarvaganza 2, dan namanya terus naik secara mendadak di persada seni taah air.

Selain kembali aktif meyanyi dan mengacara, Nana kini mula kembali menajdi pelakon.

0 comments:

Post a Comment