Inna Lillahi Wainnailayhi Raji'un: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Meninggal Dunia

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Mangkat  



Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

.................................................

The Sultan of Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah has passed away today at the age of 90.

Sultan Abdul Halim was the only sultan to serve as the Yang di-Pertuan Agong twice, from 1970 to 1975 and 2011 to 2016. His second tenure ended on Dec 12 last year.

 ...............

Baginda Sultan Kedah dilahirkan puterakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Tuanku Abdul Halim merupakan anakanda ketiga kepada pasangan Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah pada 1958 dan kekal memerintah negeri Kedah sehingga 11 September 2017.

Sepanjang tempoh tersebut juga dua kali baginda diberi kepercayaan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menjadi Yang Di Pertuan Agong.

Almarhum merupakan satu-satunya Sultan yang menjadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama pada 1970-1975 ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Takdir Allah, ketika anak Tun Razak, Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, Almarhum sekali lagi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012.

Pelantikan kedua untuk tempoh lima tahun mulai 13 Disember 2011 dan menamatkan perkhidmatan pada Disember 2016.

Baginda akan sentiasa diingati sebagai Sultan yang sangat besederhana bukan sahaja dalam percakapan malah tindakan beliau.

Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Sebagai putera raja yang sangat berhemah tinggi, Tuanku Abdul Halim terkenal dengan penuturan yang lemah lembut dan bersopan santun.

Baginda adalah pemerintah yang dididik daripada kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang tinggi berasaskan agama dan keduniaan.

Keperibadian baginda yang mesra dengan rakyat jelata sudah tersemai dalam jiwa sejak kecil terutama ketika menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1946 hingga 1949 baginda pernah bersemayam di asrama sekolah tersebut dan bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai lapisan.

0 comments:

Post a Comment