"Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!," - Hafiz Hamidun Balas Kenyataan Joy Revfa

"Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!," - Hafiz Hamidun



Hafiz Hamidun tidak mahu membalas sebarang kenyataan tentang isu pembubaran perkahwinannya dengan Joy Revfa.

Katanya, kes itu sudah menjadi kes mahkamah dan dia tidak mahu mengganggu proses yang sedang berlangsung.

Joy Revfa ada mengatakan hafiz Hamidun tergesa-gesa berkahwin dengannya kerana ada 'sesuatu'.

Hafiz Hamidun tealh menafikan hal tersebut.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim.

"Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati,"


"Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini.

"Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini.


"Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!," 


 "Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum ini menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu dan sebutan semula kes bersambung pada 9 November depan.

Kes permohonan Faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz disebut semula pada 9 November depan.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment