Ya Tuhanku!! Kesiannya.. Lufya Yang Sedang Sarat Mengandung 8 Bulan, Terjatuh Dari Pentas
Selebriti Lufya mengalami isatu insiden yang menakutkan.
Lufya yang sedang sarat mengandung 8 bulan, terjatuh dari pentas selepas siaran langsung Da'i pada malam Ahad lalu.
Kejadian buruk itu berlaku apabila pelakon ini tidak perasan sudah berada di hujung pentas setinggi satu meter.
Ini pendedahan dari Lufya:
"Selepas tamat program Da'i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan.
"Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh dari pentas.
"Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan lalu terjatuh.
"Malang tidak berbau, Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.
"Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat.
Setelah terjatuh, Lufya telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Tropicana. Namun, dia kini sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
Dalam pada itu dia dan kandungannya masih dalam pemerhatian pihak doktor akibat kejadian itu.
Lufya memohon agar orang ramai mendoakan keadaan kesihatan dan kandungannya itu.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment