"Tidak Akan Maafkan Watie..." - Pergaduhan Antara Ahli Kumpuan Elite
Watie dari kumpulan Elite dan juga Hana dari kumpulan Elite kini bertelingkah sehingga ke mahkamah.
KENYATAAN WATIE
Watie akui tidak mampu untuk membayar tuntutan saman RM700 ribu yang difailkan oleh Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada 10 Mac 2015.
Kata Watie, jumlah yang dituntut Hana di luar kemampuannya dan dia turut membuat rayuan.
Ini komen Watie:
"Saya bukan hendak melarikan diri daripada membayar ganti rugi itu tapi jujur saya katakan jumlah itu memang di luar kemampuan saya dan pendapatan saya pun bukannya banyak dan masih berlakon untuk mendapatkan wang.
"Jika saya mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya memang saya akan bayar tetapi memang saya tidak mampu.
"Sebab itu saya mohon rayuan daripada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dan itu pun saya boleh lunaskan secara ansuran bulanan,".
"Saya terkejut sebenarnya ketika kes dahulu selesai begitu sahaja tanpa saya berpeluang membela diri.
"Saya pernah cuba bertemu dengan Hana untuk selesaikan masalah tetapi dia menolak dan pilih jalan ini (Selesaikan di mahkamah).
"Saya cuba juga buat rayuan sebelum ini tetapi kes ini telah ditutup,"
"Jika benar saya bersalah saya minta maaf dengan Hana dan sekarang pun saya positif sahaja.
"Kita pernah berkawan dan tak sangka pula jadi begini tetapi saya reda dan cuba selesaikan masalah ini,"
KISAH MAHKAMAH
Terdahulu, Hana memperoleh kemenangan selepas membuat tuntutan terhadap Watie pada 28 Ogos 2014 berhubung kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.
Kisahnya bermula apabila Hana membantu Watie dan telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 bagi membeli kereta itu namun Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.
Akibat kejadian itu nama Hana diisytiharkan muflis dan perkara itu mula tersebar sehingga mendatangkan malu kepadanya.
KENYATAAN HANA
Hana juga dalam satu kenyataan menyatakan tidak akan memaafkan perbuatan Watie Elite itu.
Ini kerana disebabkan Watie, Hana tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya yang menetap di luar negara.
Anak Hana tinggal bersama bekas suami di London. Dan kerana muflis, Hana telah disekat dari ke luar negara.
Ini kenyataan Hana:
"Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!
"Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara.
"Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain,"
"Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.
"Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja.
"Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun,"
"Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan,"
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment