Inilah Lawak 'Panas' Zizan Yang Membuatkan Hans Isaac Tersinggung Bengang
Semalam telah berlangsungnya sebuah anugerah berprestij di negara kita iaitu Festival Filem Malaysia ke-29.
Pada edisi kali ini, pelawak dan pelakn Zizan Razak dilantik sebagai pengacara festival bersama tiga pelakon wanita iaitu Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja Ananthan.
Golongan pelawak sering menjadi pilihan untuk mengendalikan majlis besar seperti FFM kerana ianya dilihat dapat menggamatkan suasana dan Zizan memang dikenali dalam industri seni sebagai seorang yang bersahaja setiap kali di atas pentas.
Namun, kali ini, Zizan dilihat telah membuat lawak yang mengguris hati Hans Isaac.
Lawak sinis itu membuatkan Hans Isaac menulis beberapa ayat yang terlihat seperti dia terasa hati dengan gurauan Zizan terhadapnya.
“Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter . Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer … and winning 3 awards at FFM previously , I don’t think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight !"
Apa yang Zizan cakap sampai Hans Isaac terguris dan bengang? Sebenarnya Zizan bergurau secara spontan dengan seperti mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima oleh Hans Isaac.
Ketika Hans dipersilakan naik ke pentas, Zizan telah bergurau dengan Hans di mana dia berkata,
“Beli ke datuk….baju.. baju yang saya maksudkan adalah 'beli' baju,”
Ramai mengatakan gurauan 'makan dalam' dengan mengatakan kononnya gelaran datuk itu 'beli' membuatkan Hans Isaac tersinggung.
Para peminat Hans Isaac di Instagram juga turut merasakan bahawa gurauan Zizan itu sedikit keterlaluan.
"Dia buat lawak psl status dato, smada dato tu beli atau dapat, tpi dia buat2 tnya psl baju. Terkejut jugak dengar zizan slumber cakap mcm tu smlm. sabarlah…." -
"Those comedian need to learn about manners. Maybe teguran ini agak kasar, but duit buat lawak berkepuk pon kalau tiada education tinggi tak kemana bro. Be wise and matured. People nowadays make joke bout others for fun (duit)."-
Itulah kisahnya yang berlaku antara Zizan dan juga Hans Isaac.
0 comments:
Post a Comment