"Sejak Awal Saya Tak Setuju, Adira Buang Masa Masuk AF Megastar" - Datuk Red
Suami Adira iaitu Datuk Sri Adnan Abu (Datuk Red) telah membri respon tentang penyingkiran awal penyanyi Sabah itu di rancangan AF Megastar.
Dikatakan Datuk Red sudah jangka isterinya itu akan dikeluarkan daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar pada malam Ahad lalu.
Dia amat pelik apabila Adira diminta untuk membawa anak mereka iaitu Anggerik pada malam pertandingan biarpun bayi tidak dibenarkan sepanjang program berlangsung.
Datuk Red memberitahu sebenanrnya sejak awal lagi dia tidak bersetuju isterinya memasuki pertandingan tersebut, namun dia menghormati keputusan yang dibuat Adira.
Ini komennya:
"Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak.
"Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi,"
"Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil.
"Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini,"
Apabila ditanya kenapa dia tidak kelihatan pada program berkenaan, Datuk Red menyatakan, dia kurang berminat untuk menemani isterinya ke program-program berbentuk hiburan.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment