Video Pula Tersebar..Inilah Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Yang Dikecam Teruk

Video Pula Tersebar..Inilah Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Yang Dikecam Teruk



Drama Coffee Prince versi Malaysia sedang menjalani penggambaran dan dilakonan oleh Fattah Amin dan Janna Nick.

Coffee Prince Malaysia ini diarahakn oleh Michael Ang.

Hari ni telah menajdi viral video adegan Fattah Amin dan Janna Nick yang dikritik hebat  kerana melakonkan aksi mesra.

Video tersebut menjadi viral di laman media sosial Instagram.

~Tonton video tersebut ( DISINI )

Ada dikalangan peminat yang menganggap adegan itu agak melampaui batas walaupun mereka tidak melakukannya betul-betul.

Sememangnya tiada sentuhan berlaku namun Fattah Amin dan Janna Nick dikritik teruk kerana adegan itu tidak patut dilakukan kerana ia dianggap boleh medorong perbuatan maksiat dalam kalangan remaja.

Sebagai selebriti, netizen berpendapat apa dilakukan oleh mereka akan menjadi ikutan peminat selain berharap babak ciuman tidak dimasukkan dalam drama itu nanti.


Ini antara komen dari orang ramai:

"Kenapa mesti tiru babak yang ini... Macam mana kalau budak-budak remaja tengok drama ini nanti, kan tidak elok. Lagipun kitakan orang Melayu Islam,"- @azizneny.

"Memang tidak dinafikan terkejut tengok babak ini, hmmm... Rasanya tak perlu buat adegan macam ini nampak terlalu dekat walaupun tak bersentuh," - @nurulrazahyra.

Bagaimanapun ada juga peminat setia Fattah mempertahankan tindakannya itu dan meminta adegan itu tidak diperbesar-besarkan kerana ia hanyalah lakonan apatah lagi tiada sentuhan anatar Fattah dan juga Janna.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira dan ramai lagi.

Sumber; mStar

Tonton video tersebut ( DISINI )


0 comments:

Post a Comment