Selepas Dapat Keputusan, Hafiz Hamidun Tak Mahu Ada Kaitan Dengan Joy Revfa Lagi
Hafiz Hamidun menegaskan dia tidak mahu ada sebarang kaitan lagi dengan Joy Revfa selepas keputusan perbicaraan kes mereka dikeluarkan mahkamah.
Penyanyi ini sudah lama bersiap sedia untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga dengan Joy Revfa.
Ini komen Hafiz Hamidun:
"Saya sudah lama bersedia dan nak selesaikan dengan cepat. Namun, untuk esok perbicaraan saya tidak ada buat persediaan apa-apa.
"Semuanya diuruskan oleh peguam saya. Dia yang sediakan segala dokumen untuk perbicaraan kes yang difailkan oleh Joy.
"Selepas dapat sahaja keputusan, saya tak nak lagi ada kaitan dengan dia. Banyak lagi perkara yang saya perlu uruskan,"
Imbas kembali, pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Pasangan ini telah bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.
Untuk pengetahuan, Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: mStar Online
0 comments:
Post a Comment