Ramai Penyibuk Tanya Mana Farid Kamil Tak Raikan Kejayaan Diana Danielle..Ini Respon Farid Kamil

Ramai Penyibuk Bertanya Mana Farid Kamil Tak Rai Kejayaan Diana Danielle..Ini Jawapannya



Diana Danielle telah memenangi anugerah sebagai pelakon pembantu terbaik di Festival Filem Malaysia Sabtu lepas.

Namun kelibat Diana Danielle dan juga Farid Kamil tidak kelihatan di majlis tersebut.

Ada yang bertanya, kemanakah kedua-dua mereka berada ketika itu, dan kenapa tidak hadir.

Farid Kamil memaklumkan mereka tidak dapat meraikan hari kemenangan bersama pada malam itu kerana kekangan kerja.

Hadiah kemenangan berkenaan diambil oleh ibu Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli bersama cucunya yang juga anak pasangan berkenaan iaitu Muhammad.

Ini jawapan dari Farid Kamil:

"Kami masing-masing sibuk dengan shooting, Diana pun ada penggambaran di Sabah.

"Jadi saya hanya sampaikan ucapan tahniah melalui panggilan telefon sahaja dan saya tetap berbangga dengan pencapaian Diana," 

Farid Kamil memang sedang busy dengan karya lakonannya.

Antaranya ialah filem terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam iaitu Tombiruo Penunggu Rimba.

Filem adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid ini turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan Muhammad Al-Rayyan.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 12 Oktober depan.

Selain itu Farid Kamil juga akan tampil dengan filem berjudul Pinjamkan Hatiku berganding dengan Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Filem ini akan ditayangkan hujung tahun ini.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment