Sayu Membacanya..Ibu Buat Pendedahan Surat Salah Seorang Mangsa Terkorban Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz
Kisah sayu menyelubungi negara ini apabila sebuah pusat thafiz terbakar yang meragut nyawa para pelajar seramai 20 orang.
Seorang pelajar tahfiz yang terkorban dalam kebakaran itu sempat memberi ibunya surat terakhir.
Norhayati Khalid menceritakan bahawa anaknya, Amiel Asyraf berumur 11 tahun, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
Ini pendedahan ibu Amiel:
"Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,"
"Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,"
Ini isi kandung surat adik Amiel:
"Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
"Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
"Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus."
Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.
Ini komen Norhayati lagi:
"Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,"
Seramai 23 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.
Punca kebakaran pusat tahfiz ini telahpun dikenalpasti (BACA SINI)
Salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban.
0 comments:
Post a Comment