Kantoi Teruk.. Penerbit Dedah Perangai Fathia Latiff, Punca Digugurkan Dari Sebuah Drama
Kini video gadis mirip pelakon popular Fathia Latiff yang menari sakan telah menjadi viral.
~Lihat videonya ( DI SINI )
Kini satu lagi kontroversi melanda pelakon ini apabila namanya disahkan digugurkan dari sebuah drama.
Sepatutnya Fathia Latiff menjadi pelakon utama drama La Luna, namun oleh kerana dia mempunyai masalah displin iaitu datang lambat ke lokasi penggambaran, akhirny namanya digugurkan.
Perkara tersebut telah disahkan oleh penerbit syarikat produksi TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud.
Keputusan menyingkirkan pelakon itu dibuat selepas berbincang dengan pengarah dan pengurus produksi.
Masalah displin Fathia Latif telah menganggu kelancaran proses penggambaran drama La Luna yang turut sama dibintangi oleh Afiq Muiz, Nasha Aziz dan juga Elisya Sandha.
Ternyata Norazah kecewa dengan sikap pelakon itu yang mana sudah berjanji untuk berubah sebelum menawarkan berlakon dalam drama itu.
Ini pendedahan dari Norazah:
"Dia selalu datang lambat dan semalam tak datang langsung. Semua kru di lokasi menjadi saksi dan tidak ada apa lagi perlu disorokkan. Betul, dia sudah digugurkan daripada drama ini sejak semalam.
"Fathia sudah terbabit selama dua minggu membabitkan 35 babak. Diakui sepanjang tempoh itu, dia sering datang lambat. Ada yang dimaklumkan begitu juga sebaliknya.
"Kalau dia datang awal pun, ia atas inisiatif pihak produksi yang memantaunya. Namun fikir secara logik, takkan setiap hari mereka nak menguruskan dia seorang. Banyak lagi perkara lain perlu dilakukan.
"Soal dia datang lambat, kami boleh tutup mata lagi sebab masih boleh meneruskan penggambaran selepas itu. Namun apabila dia tidak muncul di lokasi semalam, saya beranggapan dia sudah melampau.
"Pada awalnya saya tak nak mengambil dia berlakon kerana sedia maklum dia mempunyai masalah disiplin. Namun pengurus produksi memberi jaminan dia sudah berubah. Malah dia sendiri mengatakan perkara sama kepada saya. Jadi saya pun percayakannya.
"Apabila terjadi perkara ini, saya sangat kecewa. Dia mengkhianati kepercayaan diberikan. Ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan.
"Dia ada menghantar mesej meminta maaf dan berjanji untuk berubah. Namun saya serik dan takut dengan janji diberikan. Malah pengarah dan pengurus produksi pun sama
Satu lagi perkara, Norazah telah membetulkan laporan dari Beautifulnara di mana pihak produksi tidak menghalau Fathia yang hadir di dalam keadaan tidak terurus.
Sebenarnya pelakon itu tidak dihalau, tetapi sebenarnyarnya dia yang melarikan diri.
Ini komen Norazah lagi:
"Selepas ditegur kerana tidak memberi komitmen, Fathia melarikan diri menaiki kenderaan bersama seorang teman iaitu pelakon baharu.
"Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah.
Buat masa ini, pengganti untuk Fathia Latiff masih belum diketahui.
Pendedahan ini ternyata membuatkan ramai yang terkejut kerana tidak percaya perangai Fathia sebegitu rupa.
Semoga perkara ini dijadikan ikhtibar.
Ramai juga yang mahu Fathia Latiff sendiri memberi kenyataan tentang hal ini.
Sumber: BeautifulNara
0 comments:
Post a Comment