Ini Punca Shahir Tak Tanggal 'Braces' Gigi, Dah 9 Tahun Pakai

Ini Punca Shahir Tak Tanggal 'Braces' Gigi, Dah 9 Tahun Pakai


Shahir Zawawi merupakan antara peserta AF Megastar yang sedang berlangsung.

Penyanyi berumur 29 tahun ini dikenali ramai dengan pemakaian braces (pendakap gigi).

Kini penyanyi ini sudah 9 tahun memakai braces. Ramai nak tahu kenapa lama sangat pakai braces, sampai 9 tahun tak tanggal lagi.

Shahir mengakui belum bersedia menanggalkannya kerana bimbang tindakan itu akan mengganggu persembahannya.

Juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu berkata, dia enggan mengambil risiko itu terutama ketika sedang bersaing dalam program realiti terbaru, AF Megastar.

Ini pendedahannya:

"Sudah lama sebenarnya saya memakai pendakap gigi hingga sering ditanya bila saya mahu membukanya. Antara faktor yang membuatkan proses itu tertangguh apabila saya sering bertukar-tukar doktor gigi.

"Hampir sembilan tahun memakainya, ia seperti sudah sebati dengan diri. Saya belum terfikir untuk membukanya dalam masa terdekat ini, terutama apabila membuat keputusan untuk bersaing dalam AF Megastar.

"Saya bimbang jika membukanya, nanti ia akan mengganggu sebutan dan cara nyanyian. Selama ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika membuat persembahan. Jadi, biarlah dulu kerana lambat-laun, saya pasti akan menanggalkannya juga,"


Itulah merupakan kenyataan dari Shahir.

Good luck kepada Shahir dalam penyertaan nya di dalam rancangan AF Megastar.

Semoga bintangnya kembali bersinar sebagai penyanyi popular.

0 comments:

Post a Comment