"Saya Bagi Amaran, Jangan Main-Main" Hafiz Hamidun Warning Joy Revfa

"Saya Bagi Amaran, Jangan Main-Main" Hafiz Hamidun Warning Joy Revfa



Kemelut rumah tangga pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa masih belum selesai.

Sepatutnya hari ini berlangsung pendengaran kes tuntutan faraq dari Joy Revfa di mahkamah.

Mahkamah hari ini telah menangguhkan kes sebutan faraq ini.

Hafiz ketika ditemui mengatakan sikap sambil lewa Joy Revfa punca kes ini menjadi amat mengelirukan.

Ini komennya:

"Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah.

"Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.

"Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul.

"Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah,"

"Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.

"Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain,"


Kes faraq ini telah disahkan akan ditangguhkan sehingga kes pengesahan pernikahan dan penceraian antara Joy dan bekas suami Datuk Ray berlangsung.

0 comments:

Post a Comment