Datuk Eizlan Yusof Sedih Dengan Perbuatan Zizan
Selebriti Eizlan Yusof meluahkan rasa sedih dengan perbuatan pengacara Festival Filem Malaysia, Zizan Razak mempersendakan gelaran Datuknya.
Namun, Eizlan Yusof memberitahu bahawa Zizan ada menghubunginya untuk mengaku kesilapan dan meminta maaf.
Ini komen Eizlan Yusof:
"Siapa yang tak sedih apabila perkara sebegini boleh berlaku. Saya memang senada dengan Hans.
"Apa yang dia rasa, saya pun sama seperti itu. Tapi semua sudah selesai. Saya hormat dengan tindakan berani Zizan yang membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Malah, dia juga ada menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya terima permohanan tersebut,"
Eizlan meluahkan rasa bangga dengan tindakan Hans Isaac yang mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang membawa gelaran Datuk.
Dalam pada itu, Eizlan berharap selepas ini tidak kira selebriti mahupun masyarakat agar jangan mempertikaikan institusi diraja.
Ini komen Eizlan Yusof lagi:
"Saya berbangga Hans yang mengambil tindakan terdahulu mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang lain.
"Saya harap selepas ini seluruh rakyat Malaysia tidak lagi mempertikaikan institusi diraja kerana ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.
"Apabila diberi gelaran Datuk, ia menjadi tanggungjawab kami memegang amanah yang diberi oleh institusi tersebut,"
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment