Remy Ishak Tampil Beri Kenyataan Tentang Status Terkini Hubungan Dengan Tunangannya

Kenyataan Terbaru Remy Ishak Tentang Status Terkini Pertunangannya 


Sejak bertuanng dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Ezza Yusof pada Mei lalu, pelakon Remy Ishak jarang berbicara tentang tunangnya itu secara terbuka.

Memang jarang kita lihat foto atau perkembangan perhubungan mereka berdua ini.

Ini menyebabkan ramai yang ingin tahu status terkini hubungan mereka berdua.

Apabila ditanya tentang hal ini, Remy Ishak akhirnya akui mereka berdua masih lagi bersama.

Remy Ishak berkata, dia tidak mahu mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya selain tiada perkembangan terbaharu mengenai hubungan itu.

Ini komen Remy Ishak :

"Kami masih bersama dan saya bukannya tidak mahu komen mengenai hubungan kami tetapi tiada apa ingin saya ceritakan.

"Jika ada apa-apa perancangan, saya sendiri akan sampaikan kepada semua," 

Untuk pengetahuan ramai, Remy Ishak dan Ezza Yusof telah  mengikat tali pertunangan pada bulan Mei yang lalu.


Lihat foto tunang Remy Ishak ( DI SINI )

0 comments:

Post a Comment